Home
  • Selamat Menyambut Hari Raya
  • Selamat Menyambut Hari Raya
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka
   
 

ITM Melaka (Kini UiTM Cawangan Melaka) bermula pada 12 Ogos 1984 di Bangunan sementara IKM di Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan 158 orang pelajar kini UiTM Melaka telah melepasi 10,000 orang pelajar di dua Kampus, iaitu di UiTM Kampus Alor Gajah (KAG) seramai hampir 6,500 dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) hampir 3,500 pelajar.  UiTM Kampus Alor Gajah menjalankan Program-program Diploma manakala UiTM Kampus Bandaraya Melaka menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Sarjana.

Kampus Alor Gajah telah dirasmikan pada 2 Mei 1996 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke 4. Kampus ini merupakan kampus tetap dengan keluasan kawasannya 358.2 ekar.

UiTM Melaka terus berkembang pesat dengan menyahut cabaran untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri bagi mencapai 200 000 pelajar UiTM menjelang 2015. Atas usaha dan kerjasama UiTM Melaka dengan Kerajaan Negeri Melaka maka wujudnya UiTM Kampus Bandaraya Melaka, yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 26 Mac 2007. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500.  

Dari 1984 hingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah Kampus. UiTM Cawangan Melaka kini berada dibawah pentadbiran Datuk Prof Madya Dr Mizan Hj Hitam.

 
Last Updated on Wednesday, 06 April 2011 15:06
 
UiTM Bantu Kerajaan Tangani Rungutan Masyarakat PDF Print E-mail
Tuesday, 08 May 2012 09:45

Seramai 600 orang Warga Universiti Teknologi MARA(UiTM) Cawangan Melaka telah menjayakan program Tautan Kasih Mahasiswa Dan Masyarakat Bersama Ketua Menteri Melaka pada 28 April 2012, melibatkan 8 Peti Undi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Baru.Majlis perasmian penutup telah dihadiri, oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin  Mohd Rustam selaku Ketua Menteri Melaka, di Masjid Syaidina Ali, Bukit Katil.Turut hadir Y.B. Datuk Wira Hj.Othman bin Muhamad,Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka,Y.B.Datuk Md. Sirat Abu,Ahli Parlimen Bukit Katil,Datuk Prof.Madya Dr.Mizan Hitam,Rektor UiTM Cawangan Melaka, Datuk Hj.Yunus Hitam Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Katil,En.Norazman Harun,Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar(HEP) UiTM Cawangan Melaka,Datin Hjh.Nor Mottahatti Mat Noor, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Melaka,Datuk Penghulu Hj. Md.Dan bin Abu Samah Timbalan Pengerusi Jeprun Bukit Baru,En.Abdul Razak bin Wahab, Setiausaha Jeprun Dun Bukit Baru, En.Sharabuddin Kudus, Pengurus Besar Yayasan Melaka, Pengerusi Peti Undi, Pengerusi JKK Bukit Katil,Para Pensyarah,Kakitangan Kanan dan juga Pelajar  UiTM Cawangan Melaka.

Read more...
 
UiTM Melaka Lahir Kepimpinan Cemerlang PDF Print E-mail
Tuesday, 08 May 2012 09:50

Kira-kira 3,000 orang Warga Universiti Teknologi MARA(UiTM) seluruh Negara hadir dimajlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan dan kelab Pelajar UiTM 2011, di Hotel De Palma Shah Alam pada 30 April 2012.Majlis berkaitan telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II.Turut hadir,Prof.Dato’Dr Abdullah Mohamad Said,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar(HEP), Prof.Dr.Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Canselor(Akademik dan Antarabangsa),Dr.Mohd Bahrin Othman,Pengarah Pembangunan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar(HEP),Datuk Prof.Madya Dr.Mizan Hitam, Rektor UiTM Cawangan Melaka, para pensyarah dan pegawai kanan serta pelajar  UiTM seluruh Negara.Menurut Saifuddin Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan dan Kelab Pelajar UiTM 2011, yang dianjurkan secara berterusan dari kalangan Warga UiTM memperlihatkan kesungguhan pihak pengurusan tertinggi UiTM untuk melahirkan kepimpinan cemerlang dan seimbang antara Mahasiswa UiTM secara keseluruhannya.”Kita lihat peranan Naib Canselor dalam mentadbir urus UiTM khususnya dari aspek pembangunan insaniah dan juga kepimpinan,berkompetensi tinggi,para Mahasiswa dibimbing cemerlang dari segi penampilan akhlak,kepimpinan,akademik dan akhirnya melahirkan aktivis ilmuan yang berintergriti tinggi,”Katanya.

Read more...
 
Sambutan Karnival Sukan IPT Melaka Meriah PDF Print E-mail
Tuesday, 08 May 2012 09:51

Seramai 5,000 orang Mahasiswa telah hadir menjayakan Karnival Sukan IPT Negeri Melaka 2012 di Kompleks Sukan UTeM.Majlis berkaitan telah dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.Turut hadir,YB Datuk Gan Tian Loo,Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran,Belia dan Sukan,Datuk Prof.Madya Dr.Mizan Hitam,Rektor UiTM Cawangan Melaka,Tuan Haji.Ismail Abdol Jalil,Ketua Pusat Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM),En.Sharabuddin Kudus,Pengurus Besar Yayasan Melaka,En.Meor Hassan Hj.Mat.Ali, GPMS Malaysia,En.Mohd Norhafiz Hj.Sahad,Pegawai di Unit Institusi Pengajian Tinggi,Jabatan Ketua Menteri Melaka para Pensyarah dan Mahasiswa seluruh IPT Melaka.Menurut Datuk Ali, sebanyak 36 IPT seluruh Negeri Melaka telah menyertai Karnival Sukan IPT Negeri Melaka 2012, yang julung kali diadakan pada 29 April 2012.”Kita mulakan sukan IPT seluruh Negeri Melaka diUTeM kali ini, dan program Karnival sukan ini akan menjadi acara sukan tahunan  IPT Melaka,”ujarnya.

Read more...
 
Musa Hassan Gesa Mahasiswa Perjuang Keharmonian Negara PDF Print E-mail
Monday, 23 April 2012 12:17

Seramai 600 Warga Universiti Teknologi MARA(UiTM) Kampus Bandaraya Melaka telah menghadiri Majlis Syarahan Perdana bertajuk, “Masyarakat Majmuk Dan Keharmonian Negara” yang telah disampaikan oleh Tan Sri Musa Hassan selaku Pensyarah Utama, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi Dan Pengajiajn Media(FKPM) UiTM,merangkap mantan Ketua Polis Negara.Majlis berkaitan telah diakan di Auditorium UiTM Kampus Bandaraya Melaka pada 20 April 2012.Turut hadir,Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hitam, Rektor UiTM Cawangan Melaka,Prof Madya Mohd.Zainud-Din Hassan, Timbalan Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Prof Madya Dr.Roaimah Omar, Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan  Industri(PJI),Prof.Madya Dr.Abd.Rasid Abd. Rahman,Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, UiTM Shah Alam,Datin Nor Mottahatti Mat Noor, Timbalan Pendaftar Kanan,En.Juan Rizal Haji Sa’ari,Koordinator Unit Komunikasi Korporat,UiTM Kampus Bandaraya,En.Muhammad Anwar Fahmi Abdullah, Koordinator Unit Komunikasi UiTM Kampus Alor Gajah,Majlis Perwakilan Pelajar(MPP),para pegawai dan pensyarah kanan UiTM Cawangan Melaka.

Last Updated on Monday, 23 April 2012 12:26
Read more...
 
Mizan Rasmi Kolej Kediaman Tun Mutahir PDF Print E-mail
Thursday, 19 April 2012 15:56

Seramai 300 orang Mahasiswa Universiti Teknologi MARA(UiTM) Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah hadir menjayakan program Perasmian Kolej Kediaman Tun Mutahir.Majlis berkaitan telah dirasmikan oleh Datuk Prof Madya Dr. Mizan Hitam selaku Rektor UiTM Cawangan Melaka.Turut hadir,En.Norazman Harun, Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar(HEP),Prof Madya Mohd.Zainud-Din Hassan, Timbalan Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Prof.Madya Hj.Tutasting @Rawi Nordin,Ketua CiTU,Datin Hjh.Nor Mottahatti Mat Noor, Timbalan Pendaftar Kanan,En.Juan Rizal Haji Sa’ari,Koordinator Unit Komunikasi Korporat,UiTM Kampus Bandaraya,En.Muhammad Anwar Fahmi Abdullah, Koordinator Unit Komunikasi Korporat,UiTM Kampus Alor Gajah,para pegawai dan pensyarah kanan UiTM Cawangan Melaka.Menurut Mizan perjuangan untuk mendapatkan kediaman Kolej Tun Mutahir, telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan, sehinggalah bangunan berkaitan diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada UiTM Kampus Bandaraya Melaka dengan kos pembelian berjumlah 45juta.”Kita berjuang habis-habisan naik turun Kementerian Pengajian Tinggi,akhirnya dengan sokongan Ketua Menteri dan juga  Naib Canselor, kita berjaya memiliki Kolej keramat ini untuk kemudahan anak bangsa Melayu berhampiran dengan City Campus,”ujarnya.

Last Updated on Thursday, 19 April 2012 15:57
Read more...
 

Jam/ Binary Clock

Countdown Event

4 hours, 48 minutes until:
Kempen Hidup Sihat Tanpa Kolestrol Melalui Masakan (May-17, 2012)

Proses Smart Card

Jadual Smart Card KAG
Jadual Smart Card KBM

Keratan Akhbar

Petikan dari Akhbar

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini68
mod_vvisit_counterSemalam967
mod_vvisit_counterMinggu Ini3160
mod_vvisit_counterBulan Ini13904
mod_vvisit_counterKeseluruhan1085472

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
KM 26 Jalan Lendu, 78000 Alor Gajah,
Melaka Bandaraya Bersejarah.
Tel :
06-558 2000
Fax : 06-558 2001
Email :
korporatmlk@melaka.uitm.edu.my