JASIN, 27 September 2018: Pertandingan ini telah berlangsung di Makmal Komputer 7 dan 8 FSKM. Pertandingan ini telah bermula pada 9.45 pagi dan berakhir pada 2.45 petang. Sebanyak 11 kumpulan yang terdiri daripada peserta dari UiTM Shah Alam, Kolej Universiti Yayasan Pahang, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sains Islam Malaysia dan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Tempat pertama dimenangi kumpulan AFK dari UiTM Shah Alam. Kumpulan ini berjaya menjawab 6 soalan. Manakala, tempat kedua jatuh kepada kumpulan The Matrix dari USIM yang telah berjaya menjawab 5 soalan. Dan tempat ketiga jatuh ke kumpulan dari tuan rumah, Scripter, juga menjawab 5 soalan dengan tepat.

Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Dr. Ismadi Md. Badaruddin. Pemenang telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, RM400 dan RM300, plak dan sijil. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.