SHAH ALAM, 22 September 2016: UiTM Melaka telah menghantar satu kontingen iaitu 10 produk inovasi bagi pertandingan iidex2016 yang telah bermula dari 20 - 23 September 2016 di gelanggang DATC, UiTM Shah Alam. Kontijen dari UiTM Melaka ini diketuai oleh Encik Mohd Ab Malek Md Shah yang juga merupakan Penyelaras bagi Unit Inovasi, Paten dan Pengkomersilan. Dalam pertandingan ini, kesemua produk UiTM Melaka telah memenangi pingat iaitu 3 emas, 6 perak dan 1 gangsa. Bagi kategori individu, UiTM Melaka telah memenangi 2 emas dan 2 perak.

Menurut Encik Malek, beliau berpuashati dengan pencapaian kali ini dan amat bersyukur atas kejayaan ini. Menurut beliau lagi, “ini adalah kali pertama kita menghantar produk yang terpilih dan kesemuanya mendapat pingat”. Beliau berharap supaya warga UiTM Melaka akan terus bergiat aktif dalam membuat inovasi dan penyelidikan bagi meningkatkan pencapaian dan imej UiTM Melaka di seluruh Malaysia.