Mesra Bersama Rektor. Program ini dijalankan di bilik Seminar Aras 16, UiTM (Melaka) Kampus Bandaraya. Ia dirasmikan oleh Rektor UiTM Melaka iaitu Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim. Turut serta dalam Program tersebut ialah Penolong Rektor Kampus Bandaraya Melaka iaitu Dr Ismadi Md Badarudin bersama pensyarah - pensyarah dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan seramai 70 orang .