JASIN, 21 Mac 2017: Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Encik Norazman Harun telah datang menziarahi pelajar OKU di kampus Jasin. Sembang santai tersebut telah berlangsung di Pusat Persatuan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan melibatkan staff pengurusan jasin dan juga beberapa pelajar OKU. Objektif sembang santai ini adalah untuk membincangkan kemudahan fasiliti yang diperlukan oleh pelajar OKU, menjaga kebajikan pelajar OKU serta memberi kata-kata semangat kepada pelajar OKU ini untuk lebih berdaya saing bersama-sama pelajar yang normal.

Sembang santai ini telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kampus Jasin, pihak HEP kampus jasin amat mengambil berat tentang kebajikan pelajar OKU ini dah sering menjalankan program-program sebegini untuk mendengar keluhan atau aduan daripada pelajar OKU. Turut hadir juga penolong rektor kampus jasin Prof. Madya Hj. Zakaria Tajuddin serta Penolong Pendaftar HEP Puan Nabihah binti Mohd Nasib.