Home Kampus Bandaraya Unit Pengurusan Kualiti
Unit Pengurusan Kualiti PDF Print E-mail

 

Latarbelakang

Bermula dengan nama Unit Pengurusan dan Jaminan Kualiti (UPJK) telah ditubuhkan pada 3 Mei 2002 iaitu sehari selepas perlantikan Koordinator Pengurusan Kualiti dan Tugas-Tugas Khas  yang dipertanggungjawabkan ke atas Unit ini.

Pada Januari 2003, Koordinator Pengurusan Kualiti dan Tugas-Tugas Khas telah diamanah juga untuk mengendalikan aktiviti perhubungan korporat kampus. Sehubungan itu nama jawatan ditukar kepada Koordinator Unit Kualiti dan Perhubungan Korporat. Jawatan ini berkekalan sehingga April 2003 apabila Unit Perhubungan Korporat ditubuhkan secara resmi atas saranan pihak   Kampus Induk dengan Koordinator yang berbeza.

Pada masa yang sama (April 2003) untuk tujuan penyelarasan, pihak Institute Knowledge  Advancement (InKA) yang merupakan pusat gerakan kualiti UiTM telah memutuskan nama Unit dan nama jawatan Koordinator ditukar kepada Unit Kualiti dan Ketua Unit Kualiti bagi semua kampus UiTM.

Ketua Unit Kualiti diletakkan di bawah seliaan Pengarah Kampus secara langsung yang bertindak sebagai penyelaras bagi memastikan gerakan kualiti dilaksanakan seperti yang ditetapkan.

Objektif Penubuhan Unit Q

  • Memastikan sistem pengurusan Q kampus sentiasa dipertingkatkan melalui maklum balas pelanggan yang menggunakan berbagai mekanisma spt: peti cadangan, portal, ‘survey’, perjumpaan dan sebagainya.
  • Memastikan wujudnya perancangan pelan tindakan tahunan bagi peningkatan pengurusan Q setelah berbincang dengan ahli pasukan Q (AJK dan Juruaudit) dan disahkan oleh Pengarah.
  • Menjadi pusat sumber pangkalan data dan maklumat utama dan terkini mengenai sistem pengurusan kualiti kampus khususnya akademik seperti fail kursus dan prosedur operasi dengan mewujudkan bilik ISO .
  • Menjadi tempat memberi komen mengenai hal berkaitan pengurusan Q kampus dari segi akademik dan pengurusan menyeluruh untuk tujuan penambahbaikan.
  • Memupuk budaya Q dengan mengadakan audit secara konstan dan kempen kesedaran yang berterusan.

Fungsi Unit Q

  • Menjadi penyelaras kepada aktiviti-aktiviti Q seperti 5S, dan maklum pelanggan serta menasihati pihak pengurusan mengenai perkara-perkara yang perlu bagi penambahbaikan berterusan.
  • Memantau proses perjalanan kerja setiap bahagian, unit  dan program yang terdapat di kampus ini untuk memastikan masing-masing mempunyai dokumen yang diperlukan bagi staf seperti; MPK, FM/ Arahan Kerja, Potfolio Pengajaran dan Fail Kursus yang lengkap. (melalui audit dalam).
  • Menilai perkara di atas dan mendapat maklum balas dari ketua berkenaan mengenai masalah dan kelemahan yang ada. (melalui audit dalam).
  • Membuat laporan mengenai perkara 1.2.2 dan 1.2.3 dan memberi  cadangan untuk penambahbaikan. (melalui laporan audit dalam).
  • Menganjurkan aktiviti penambahbaikan untuk ketua –ketua bahagian, unit dan program dan ahli pasukan Q mengikut keperluan semasa berdasarkan kepada laporan yang diperolehi seperti; bengkel, kursus, taklimat dan lawatan yang berkaitan Q..
  • Memantau secara berterusan (walaupun penambahbaikan telah dilaksanakan) untuk memupuk amalan Q menjadi satu budaya. (melalui audit dalam).
  • Menyelaras perlaksanaan aktiviti kearah pensijilan ISO 9001:2000 bagi kampus UITM Melaka.

Amanah Ketua Unit Kualiti

  • Memastikan data dan maklumat keseluruhan yang terdapat di kampus ini adalah yang terkini seperti bilangan dan jawatan ketua/koord yang ada, bilangan, bilangan pelajar dsbnya. (memaklumkan melalui e-mail atau notis kepda ketua bhg/unit dan memohon satu salinan data/maklumat terkini bagi simpanan unit Q).
  • Mengenalpasti kekurangan, kelemahan dan masalah pengurusan kampus dari  masa kesemasa. (melalui perlaksanaan audit dalam) dan
  • Merancang pelan-pelan tindakan (kerjasama dengan Pasukan Audit Dalam) untuk cuba sedaya upaya memperbaiki segala kelemahan, kekurangan dan masalah yang wujud. (mengikut kemampuan kewangan, peralatan, masa dan tenaga).
  • Menganjurkan aktiviti2 Q spt – Audit Dalam, Hari Q, 5S, bengkel/seminar, dll yang berkaitan Q.
  • Menyediakan laporan perkembangan aktiviti kualiti pada bila –bila masa  yang diperlukan oleh pihak berotoriti (seperti Pengarah Kampus, pembentangan MKSP, MPD, pihak InQKA, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri dsbnya).
  • Mendokumenkan setiap tindakan, laporan dan maklumat berkaitan.
  • Memastikan pemantauan dilaksanakan oleh pasukan audit dari masa ke semasa ke atas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) kampus UiTM Melaka.
  • Memberi taklimat/ceramah/ kepada bahagian/unit dalaman dan pihak luar berkaitan kualiti bila diperlukan.
  • Mengenalpasti mana-mana rakan penandaarasan (benchmarking partner) yang sesuai sebagai rujukan.
  • Mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan AJK (task force) dari masa Kesemasa. (kekerapan berdasarkan kepada keperluan perancangan dan tindakan).
  • Memastikan aktiviti –aktiviti pensijilan ISO 9001:2000 dilaksanakan mengikut keperluan ISO 9001:2000.
  • Sebagai penasihat kepada Pengarah dan Pengurusan Tertinggi dalam gerakan kualiti kampus.

Amanah tersebut dilaksanakan oleh Ketua Unit Kualiti dengan kerjasama AJK dan Juruaudit Dalaman (bertauliah) serta panduan nasihat dari Pengarah selaku Pengerusi J/Kuasa Pemandu, dari masa kesemasa.

(* Sokongan dan kerjasama Pengerusi dan Jawatankuasa Pemandu adalah amat diperlukan bagi memastikan keberkesanan perjalanan perlaksanaan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) UiTM Melaka)  

 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=