Home Fakulti

FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA (MASS COMM)

Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media (FKPM) (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sebaran Am) telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan kerjasama Universiti Ohio dan telah menjadi pusat pembelajaran bidang media yang pertama di Malaysia.

FAKULTI PENDIDIKAN (EDUCATION)

Program Asasi TESL telah ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan bermula Mei 2001. Kursus persediaan ini bertujuan untuk membaiki dan meningkatkan tahap kecekapan dan kelancaran berbahasa Inggeris di kalangan  pelajar-pelajar bagi persiapan memasuki kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)...

FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT (OM)

Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sains Kesetiausahaan) menawarkan program pengurusan dan pentadbiran pejabat serta teknologi pejabat kepada pelajar-pelajar yang berminat dengan pengurusan organisasi.

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN (FPHP)

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) ditubuhkan pada tahun 1967 bertujuan meningkatkan kakitangan terlatih bagi menampung keperluan pesat dalam industri perhotelan, penyediaan makanan dan pelancongan di Malaysia.

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN (BM)

Fakulti Pengurusan Perniagaan adalah fakulti terawal UiTM dengan tertubuhnya Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada tahun 1956. Fakulti ini kini adalah fakulti terbesar di Malaysia dengan lebih 20,000 pelajar dan kira-kira 60,000 alumni yang ramai di antaranya memegang jawatan tinggi di dalam sektor swasta.

FAKULTI PERAKAUNAN (ACCOUNTANCY)

Fakulti Perakaunan ialah salah satu daripada fakulti terawal di UiTM dengan tertubuhnya Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada tahun 1956. Sebagai sebuah agensi kerajaan, fakulti ini berperanan untuk menaiktaraf status sosial Bumiputera dengan menyediakan latihan dan peluang pendidikan.

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI (FSPPP)

Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi telah ditubuhkan pada tahun 2004. Walaupun dengan nama yang baru, sejarah fakulti ini bermula seawal 1965 dengan penubuhan Fakulti Pentadbiran Dan Undang-Undang. Antara program terawal yang ditawarkan pada ketika itu ialah program luaran iaitu Chartered Institute of Secretaries (kini Institute of Chartered Secretaries and Administrators).

FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA (FSSR)

Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka telah ditubuhkan pada tahun 1967 untuk memperkembangkan dan mengasah bakat seni pelajar-pelajarnya. Fakulti ini merupakan antara institusi pengajian seni terawal di dalam negara memberikan peluang mempelajari seni visual kepada pelajar bumiputera.

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK (FSKM)

Fakulti Teknologi Maklumat Dan Sains Kuantitatif (FTMSK) UiTM Melaka telah bermula dengan jabatan pada tahun 1984 dengan seorang pensyarah di UiTM Melaka yang pada masa itu terletak di Jalan Hang Tuah Melaka.

 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=