Home Anjung Album Aktiviti Pesta Pantun Bestari 2011
Pesta Pantun Bestari 2011 PDF Print E-mail

Wakil sulung pemantun Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka telah berjaya mendapat tempat keempat dalam Pesta Pantun Bestari 2011, iaitu pertandingan berbalas pantun peringkat kebangsaan yang melibatkan 16 pasukan dari 14 buah institusi pendidikan tinggi (IPT) dan institusi pendidikan perguruan (IPG) seluruh Malaysia.
 
Pasukan pemantun UiTM Melaka A yang diwakili Mohd Aizad bin Osman (FKPM), Mohd Khaidir Adzim Ruslan (FKPM), Mohd Adzreen Adnan (FPHP) dan Norliana Syaera Aziz (FKPM),    telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir selepas mengharungi tujuh (7) saringan dan peringkat suku akhir. Wakil pemantun UiTM Melaka B pula diwakili oleh Mohd Ridhwan Nazmi Roslan (FKPM), Mohd Hafizi Mohd Said (FKPM), Mohd Afifi Yahaya (FKPM) dan Nur Nadia Mohd Jalani (PSPPP).

Kejayaan wakil pemantun ini telah meletakkan nama UiTM Melaka untuk setanding dengan nama-nama universiti lain yang turut mengambil bahagian, antaranya Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beberapa institusi perguruan pendidikan (IPG) yang tidak kurang hebatnya.
 
Penasihat Persatuan Bahasa Melayu Zuraidah Mohd Sulaiman berkata kecemerlangan ini harus dilihat dari sudut positif kerana kejayaan sebenar wakil-wakil pemantun UiTM Melaka yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma ini ialah keupayaan mereka untuk bersaing dengan wakil-wakil pemantun lain yang sedang mengikuti peringkat pengajian yang lebih tinggi, iaitu peringkat sarjana muda dan sarjana.
 
"Sesungguhnya pencapaian ini telah memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada Persatuan Bahasa Melayu UiTM Melaka (PBMUiTM), Akademi Pengajian Bahasa untuk meneruskan usaha mencari, mengasah dan menyerlahkan bakat-bakat pemantun UiTM Melaka untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi".

 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=