ALOR GAJAH, 8 Mac 2020 –Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Kelab PEERS telah mengelolakan program Young Motivator Selection (YMS 2020) di Dewan Kuliah 1, KPP1 dan bilik kuliah KPP2 sepanjang 3 hari bermula dari hari Jumaat sehingga Ahad dengan penyertaan seramai 21 oranh pelajar daripada pelbagai fakulti.

Objektif utama program adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar UiTM akan pentingnya meningkatkan kemahiran dan teknik komunikasi dua hala di hadapan khalayak ramai, bijak mengeluarkan idea dalam menyampaikan mesej-mesej berguna pada orang ramai, serta memupuk sifat berani dan yakin pada diri sendiri ketika berkomunikasi.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Ismadi Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akedemik, Puan Che Manisah Che Mohd Yusuf selaku Timbalan Ketua Pegawai Psikologi merangkap Penyelaras Program, Encik Mohd Bakri Hudain, Pegawai Psikologi Kanan, Puan Aida Nur Mohd Kodri selaku ketua juri, Puan Suriani Hj. Fathilah, Penolong Pendaftar Muhammad Zaki Zainal Abidin, alumni UiTM Melaka sebagai juri jemputan.