STAFF DIRECTORY

Bursary Departments

MERLIMAU, 31 Mac 2019 - Alumni Student Leaders (ASLEAD) , Bahagian HEP UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bersama MPKK Merlimau Pantai telah menganjurkan Program Hari Komuniti Sentuhan Pewaris Bangsa. Di mana program ini juga mendapat kerjasama yang amat mengalakan dari seluruh penduduk kampung serta kerjasama secara langsung daripada jabatan dan agensi seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kemas, UTeM, Pasaraya Sejati, D’rasa, Lesong, Nur, Perpustakaan Desa, Badan NGO Parlimen Jasin dan Japerun Merlimau yang telah meluaskan khidmat bakti mereka ke dalam program kemasyarakatan.

Program yang berkonsepkan keluarga angkat telah melibatkan secara terus seramai 25 orang pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bersama 13 keluarga angkat di kedua Kampung Merlimau Pantai dan Kampung Pangkalan Samak. UiTM turut menyumbang keperluan barangan harian untuk 13 keluarga angkat yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi bin Zaini, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Menurut Ahmad Khairuman bin Md Hasim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, ini merupakan program UEC yang berlangsung selama 3 hari bermula 29 Mac - 31 Mac 2019. Perbagai aktiviti dijalankan antaranya penglibatan program KEMAS kelas memasak dan ceramah agama, ceramah daripada pihak bomba, gotong royong membersihkan surau, mencari siput, gotong royong memasak dan sukaneka. Beliau turut menyampaikan sumbangan zakat dari staf UiTM Kampus Jasin kepada keluarga asnaf di kalangan penduduk Kampung Merlimau.

Hadir sama Pegawai Khas Dato' Seri Khairudin Abu Hasan En. Saheme Hashim, Pengerusi Komuniti Harapan Parlimen Jasin Dan Ketua Koodinator Parlimen Jasin dan Setiausaha Jeprun Merlimau En. Zabidi Bin Majid.