ALOR GAJAH, 8 Januari 2018 - Majlis Perasmian Pameran Tunas Ilham 22 telah berlangsung di Galeri Seni UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Melaka, YBhg. Prof. Madya Dr Ismadi Md Badarudin mewakili Rektor UiTM Cawangan Melaka, YBhg Prof Madya Datuk Sabariah Mahat.

Pameran Tunas Ilham 22 merupakan anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Cawangan Melaka telah mempamerkan hasil karya kreatif para pelajar tahun akhir FSSR yang merangkumi 4 buah program termasuk Program Diploma Seni Reka Grafik & Media Digital (AD111), Program Diploma Seni Reka Perindustrian (AD114), Program Diploma Digital Fotografi dan Pengimejan Kreatif (AD117) dan Program Diploma Seni Halus (AD118). Program ini telah disertai oleh seramai 147 orang pelajar FSSR dan diadakan di empat (4) lokasi pameran yang berbeza iaitu Pameran VISIBLE’19 pada tarikh 8 & 9 Januari 2019 bertempat di Galeri Seni UiTM Cawangan Melaka, IGNITE’19 pada 10 Januari 2019 bertempat di The Grand Ballroom Hatten Hotel Melaka, ‘Beyond Spectrum’ pada 13 Januari 2019 bertempat di Halia Inc. Quayside Heritage Centre dan ‘Local Essence’ pada 12 - 31 januari 2019 yang bertempat di Balai Seni Lukis Melaka.

Tahniah kepada pihak fakulti yang menjayakan program sebegini dan semoga berjaya diucapkan khusus buat para pelajar yang terlibat. Diharapkan penganjuran program ini beserta karya-karya kreatif tersebut akan dapat melonjakkan lagi ketampakan UiTM Cawangan Melaka dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.