LENDU, 17 November 2018 - Program Back To School 2.0 di Sekolah Kebangsaan Lendu, Alor Gajah Melaka telah dijalankan dengan jayanya dengan perasmian penutup yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Prof Madya Sabariah Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka. Program anjuran Kelab Sukarelawan Zakat (SUZA), BA2401A (MGT420) dan BA2433B (MGT538) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka turut mendapat kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Lendu, ACIS, CPSF, dan UCS.

Kutipan berjumlah RM14,431.10 telah diserahkan di dalam bentuk wang tunai, pembelian alat tulis dan beg sekolah, pembelian barangan dapur seperti beras, gula dan lain-lain dapat diserahkan kepada 40 pelajar sekolah. Sumbangan sebanyak RM1,100 juga dapat diserahkan kepada IRM.

Turut serta dalam majlis ialah Tuan Haji Kamarul Halim Sakarani, Pengurus IRM Malaysia, wakil PIBG SK Lendu, Prof Madya Dr S. Salahudin Suyurno, Ketua Pusat Pengajian ACIS, Cawangan Melaka dan jemputan wakil pihak kerjasama yang lainnya. Diharapkan anak-anak dan keluarga penerima gembira dengan usaha kecil yang telah diberikan sebagai tanda sokongan UiTM Cawangan Melaka terhadap penganjuran program-program sebegini.