Home
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
  • JoomlaWorks Simple Image Rotator
Sambutan Karnival Sukan IPT Melaka Meriah PDF Print E-mail
Tuesday, 08 May 2012 09:51

Seramai 5,000 orang Mahasiswa telah hadir menjayakan Karnival Sukan IPT Negeri Melaka 2012 di Kompleks Sukan UTeM.Majlis berkaitan telah dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka.Turut hadir,YB Datuk Gan Tian Loo,Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran,Belia dan Sukan,Datuk Prof.Madya Dr.Mizan Hitam,Rektor UiTM Cawangan Melaka,Tuan Haji.Ismail Abdol Jalil,Ketua Pusat Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM),En.Sharabuddin Kudus,Pengurus Besar Yayasan Melaka,En.Meor Hassan Hj.Mat.Ali, GPMS Malaysia,En.Mohd Norhafiz Hj.Sahad,Pegawai di Unit Institusi Pengajian Tinggi,Jabatan Ketua Menteri Melaka para Pensyarah dan Mahasiswa seluruh IPT Melaka.Menurut Datuk Ali, sebanyak 36 IPT seluruh Negeri Melaka telah menyertai Karnival Sukan IPT Negeri Melaka 2012, yang julung kali diadakan pada 29 April 2012.”Kita mulakan sukan IPT seluruh Negeri Melaka diUTeM kali ini, dan program Karnival sukan ini akan menjadi acara sukan tahunan  IPT Melaka,”ujarnya.

Beliau berkata, melalui aktiviti sukan antara IPT,para Mahasiswa mampu mengenali secara lebih dekat dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain, disamping mencungkil bakat terpendam dari kalangan Mahasiswa IPT Melaka.”Mahasiswa berkumpul, boleh tonjol bakal,dan berdaya saing dalam acara sukan yang ditandingi, disamping anda semua jalinkan hubungan muhibah antara kaum atas dasar semangat 1 Malaysia,”katanya.Beliau turut menegur penglibatan para Mahasiswa dalam demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh BERSIH.”Pelajar jangan jadi alat kepada permainan politik sempit pembangkang, kita ini hanya dijadikan boneka untuk pembangkang,untuk mencapai agenda sempit mereka,”katanya.Mahasiswa disaran mengunakan platform yang betul untuk menyalurkan pandangan kepada kepimpinan kerajaan.”Saya yakin kalau kena pada cara dan salurannya kepimpinan Kerajaan akan dengar rintihan pelajar IPT, tetapi janganlah kita mengikut rentak pembangkang, menganggu-gugat perpaduan kaum dan keselamatan dalam negara.”katanya.

Datuk Ali, menyatakan tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang melalui media baru dan juga mengunakan media asing telah mulai mempengaruhi pemikiran generasi muda dinegara ini.”Kita pantau dan lihat bagaimana para pelajar IPT dilibatkan dengan isu pinjaman PTPTN, pelajar turun padang ke Dataran untuk protes PTPTN, namun siapa yang untung, bukan pelajar tapi pembangkang, pelajar pasti ditangkap dan didakwa,”Ujarnya.Ali juga menyelar para pemimpin pembangkang, yang menyatakan pemimpin BN mengamalkan sistem pemerintahan diktator, tidak telus untuk meneruskan kuasa pemerintahan di Negara ini.’Kita lihatlah sendiri, kalau BN dan SPR tidak adil bagaimana mereka, di Kelantan menang besar dan kekalkan kuasa, malah hampir 5 negeri tumbang pada PRU12,”katanya.

Beliau menyarankan para Mahasiswa aktif bersukan demi kemajuan sukan Negara, disamping melahirkan graduan yang seimbang dari segi kecemerlangan akademik serta kompetensi insaniah termasuk kestabilan emosi, mental dan fizikal.

 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=