STAFF DIRECTORY

Bursary Departments

ALOR GAJAH, 24 April 2018 - Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program Let's Read Together for 10 Minute bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi sebagai tanda komitmen untuk sama-sama membentuk budaya membaca di kalangan warga UiTM Cawangan Melaka khususnya dan seterusnya kepada masyarakat.

Program yang di jalankan serentak seluruh negara ini dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Dianggarkan lebih 700 orang terdiri daripada staf dan pelajar dari UiTM CM Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin terlibat mengambil bahagian.

Perpustakaan berbesar hati menyumbangkan cenderahati kepada peserta terpilih yang disampaikan oleh Pn. Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Perpustakaan melalui aktiviti Read & Win dan Peminjam Bertuah bagi menghargai pengguna dan menggalakkan budaya ilmu di kalangan komuniti UiTM CM.

En. Shaharin Sulaiman, Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka muncul Johan Peminjam Bertuah, menjadikan perpustakaan sebagai sumber utama pencarian maklumat dan berharap agar para pelajar juga mengikuti langkah yang sama.