Fakulti Perakaunan ialah salah satu daripada fakulti terawal di UiTM dengan tertubuhnya Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority) pada tahun 1956. Sebagai sebuah agensi kerajaan, fakulti ini berperanan untuk menaiktaraf status sosial Bumiputera dengan menyediakan latihan dan peluang pendidikan. Program pertama yang ditawarkan ialah pada tahun 1956 iaitu London Chambers of Commerce and Industry (LCCI), sebuah program perakaunan UK diikuti dengan program Australian Society of Accountants. Matlamat utama fakulti ini ialah untuk melahirkan semi-profesional di dalam bidang perakaunan. UiTM Melaka Kampus Alor Gajah menawarkan dua program iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Perakaunan Sistem Maklumat manakala Kampus Bandaraya Melaka menawarkan program ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian).

Berikut adalah program yang ditawarkan di Fakulti Perakaunan:

  1. AC220 - SARJANA MUDA PERAKAUNAN
  2. AC110 - DIPLOMA PERAKAUNAN
  3. AC120 - DIPLOMA PERAKAUNAN SISTEM MAKLUMAT