Bandaraya.Terdapat 3 kumpulan yang bertanding iaitu dari UiTM Negeri Sembilan, UiTM Johor dan UiTM Melaka. Rektor dan seluruh warga UiTM Melaka merakamkan ucapan penghargaan kepada Kumpulan KIK dari UiTM Melaka iaitu kumpulan Carpe Diem kerana memenangi Naib Johan di dalam konvensyen tersebut. Kumpulan Carpe Diem terdiri daripada pensyarah - pensyarah APB yang telah mempersembahkan inovasi P&P dengan produk "GRAMMAR BUZZ", dan turut memenangi anugerah-anugerah lain seperti Fasilitator Terbaik, Anugerah Projek P&P Terbaik, Anugerah Produk Berpotensi dan Anugerah Penjanaan Kos Sebenar.

Konvensyen KIK 2016 kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y BHG Prof Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Penolong Naib Cancelor InQKA bagi merasmikan Konvensyen KIK 2016. Juga turut hadir dalam KIK 2016 ini ialah Y Berusaha Prof Madya Dr Shafinar Ismail selakuTimbalan Rektor PJI yang mewakili YBHG. Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim, Rektor UiTM Melaka yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi.