Home
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka
   
 

ITM Melaka (Kini UiTM Cawangan Melaka) bermula pada 12 Ogos 1984 di Bangunan sementara IKM di Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan 158 orang pelajar kini UiTM Melaka telah melepasi 10,000 orang pelajar di dua Kampus, iaitu di UiTM Kampus Alor Gajah (KAG) seramai hampir 6,500 dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) hampir 3,500 pelajar.  UiTM Kampus Alor Gajah menjalankan Program-program Diploma manakala UiTM Kampus Bandaraya Melaka menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Sarjana.

Kampus Alor Gajah telah dirasmikan pada 2 Mei 1996 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke 4. Kampus ini merupakan kampus tetap dengan keluasan kawasannya 358.2 ekar.

UiTM Melaka terus berkembang pesat dengan menyahut cabaran untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri bagi mencapai 200 000 pelajar UiTM menjelang 2015. Atas usaha dan kerjasama UiTM Melaka dengan Kerajaan Negeri Melaka maka wujudnya UiTM Kampus Bandaraya Melaka, yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 26 Mac 2007. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500.  

Dari 1984 hingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah Kampus. UiTM Cawangan Melaka kini berada dibawah pentadbiran Y.Bhg.Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim.

 
Last Updated on Thursday, 06 December 2012 15:12
 
Filem Warna Ungguli FFVPM7 PDF Print E-mail

Dipetik Dari Akhbar Utusan Malaysia - Dalam Negeri

KANGAR 17 Jan. – Filem Warna arahan Zaki Zakaria dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Utama kategori Filem/Video Terbaik Keseluruhan pada Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ketujuh (FFVPM7) yang berakhir di sini, semalam.

Filem tiga minit yang dihasilkan oleh pelajar kursus Reka Bentuk Teknologi Media Baru, Universiti Sains Malaysia (USM) itu turut menggondol hadiah utama bagi kategori Filem/Video Pengumuman Khidmat Awam dan Iklan Terbaik.

Ia memaparkan kehidupan tiga kaum utama di Malaysia dengan mesej pemupukan ciri-ciri positif sejak zaman kanak-kanak. Filem yang menelan kos hanya RM50 itu berjaya memenangi wang tunai RM1,500; barangan bernilai RM1,599 dan trofi bagi Anugerah Utama selain wang tunai RM1,000; barangan bernilai RM599 dan trofi untuk kategori pengumuman khidmat masyarakat.

Sementara itu, kategori Filem/Video Pendek Terbaik pula dimenangi oleh Gong Pah Gong Cak arahan Najib Khalid Jafri dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang turut menggondol dua lagi hadiah bagi kategori Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Klip Video Terbaik pula dimenangi La La Kerja Lah oleh Che Nur Amalina Che Zainal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka yang turut memenangi dua lagi kategori iaitu Penyunting Terbaik dan Kostum Terbaik.

Read more...
 
IKLAN SEBUTHARGA SISTEM RANGKAIAN UITM BANDARAYA MELAKA 2013 PDF Print E-mail

Pihak UiTM Kampus Bandaraya Melaka mempelawa Pembekal-Pembekal Bumiputera yang berpengalaman dan berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini menyertai tawaran sebutharga bagi kerja-kerja seperti berikut:-

Read more...
 
Mahasiswa UiTM Turun Padang Bela Masyarakat Bersama Kerajaan PDF Print E-mail

Seramai 300 Mahasiswa Universiti Teknologi MARA(UiTM) Melaka telah hadir dimajlis Dialog Bersama Pemimpin dan juga Program Sekilas Kasih Kembara Jihad Bersama Palestin di Taman Pengkalan Indah 2, Alor Gajah Melaka bersama kepimpinan YB Datuk Lai Meng Chong, Ahli Dewan Undangan Negeri Machap(DUN Machap).Turut hadir En.Norazman Harun, Timbalan Rektor, Hal Ehal Pelajar,UiTM Melaka,En.Shahril Anuar Abdul Ghalim, Ketua Pusat Pengajian(KPP), Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media,En.Muhammad Anwar Fahmi Abdullah, Pengerusi Penaja Rukun Tetangga Taman Pengkalan Indah 2,En. Zari Nezam Ruzali,pensyarah FKPM, Sdr.Muhammad Zulkarnain, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar(MPP), UiTM Melaka, para pelajar Diploma Pengajian Media dan juga penduduk Taman Pengkalan Indah 2, Alor Gajah Melaka.Menurut Lai, pendekatan Mahasiswa turun padang bersama pemimpin untuk membantu menyelesaikan pelbagai isu kebajikan dan lojistik serta kemudahan penduduk,perlu dipuji dan dihargai.”Kita mahu melihat para pelajar yang merupakan generasi muda dan bakal pemimpin mengetahui dan menilai secara dekat permasalahan yang dihadapi oleh penduduk diakar umbi, barulah anda semua memiliki pakej kepimpinan dan pembelajaran yang baik,”katanya.

Read more...
 
Majlis Makan Malam Penghargaan Touch Meriah PDF Print E-mail

MELAKA 24 Sept.-Seramai 300 orang Warga Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media( FKPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka bersama Anggota Unit 9 RAMD PARA Kem Terendak Melaka telah menghadiri Majlis Makan Malam Perhimpunan Touch di Hotel Avillion Legacy Melaka.Majlis berkaitan telah dirasmikan oleh Pn.Nor Raihan Abu Bakar selaku Koordinator FKPM, UiTM Cawangan Melaka. Menurut beliau kesungguhan dan komitmen para pelajar part 6 menjayakan program Touch, telah banyak membantu menaikan imej FKPM dan juga UiTM Melaka dari kalangan para stakeholders.”Pencapaian terbilang dalam memecahkan rekod kebangsaan, galeri Foto Terpanjang di Malaysia, sepanjang 304.8 meter amat membanggakan pengurusan UiTM dan juga Kerajaan Negeri Melaka,”ujarnya.

Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 34
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=