PENGENALAN

Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) ditubuhkan pada tahun 1967 bertujuan meningkatkan kakitangan terlatih bagi menampung keperluan pesat dalam industri perhotelan, penyediaan makanan dan pelancongan di Malaysia. UiTM Melaka pada masa kini telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 1984. Justeru, bagi memenuhi keperluan permintaan untuk pekerja-pekerja mahir di dalam bidang pelancongan, FPHP memberi peluang kepada individu-individiu yang berminat dan berazam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang hospitaliti.

 

FPHP UiTM Melaka telah ditubuhkan pada November 1996 dengan menawarkan Sijil Pengurusan Hotel kepada seramai 28 orang pelajar. Walaupun demikian, program tersebut telah dipindahkan ke UiTM Shah Alam apabila UiTM Melaka memperkenalkan Diploma Pengurusan Pelancongan pada tahun 1999 dengan pengambilan seramai 22 orang pelajar. Seterusnya, pada Julai 2004 seramai 18 orang pelajar telah diambil bagi pengajian kursus Sijil Operasi Pelancongan tetapi sekali lagi dipindahkan program tersebut ke fakulti induk di Shah Alam pada Jun 2006. Pada masa kini, seramai 343 orang pelajar sedang mengikuti program Diploma Pengurusan Pelancongan dengan kapasiti tenaga pengajar seramai sembilan (9) orang pensyarah yang mempunyai disiplin khusus dalam pengurusan pelancongan.

 

Vision

To promote the faculty as centre of academic excellence that is of competitive standing locally and internationally and to generate highly professional and competent graduates who are caring, enterprising and productive in the fields of tourism &; hospitality.

Mission

To be acknowledged as a leading educational center for the development and dissemination of knowledge in the broad field of tourism & hospitality, both locally and internationally.

Carta organisasi FPHP 2014/2015

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

| +606 383 8176

| This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.