JASIN, 18 Oktober 2018 - Majlis Perasmian Program Khidmat Masyarakat (CSR): Ilmu Mengubah Destini di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Ya'kub, Merlimau Melaka anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam bersama Perpustakaan UiTM UiTM Cawangan Melaka dan Jabatan Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Genie Lim Lin Adun Machap Jaya merangkap Exco Wanita, Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Kebajikan dan Orang Asli Kerajaan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka.

Turut hadir YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan Said Naib Canselor UiTM, YBhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka, En. Noor Hidayat, Ketua Pustakawan UiTM, En. Muhaidin Tamby, Penolong PPD (Perhubungan) Jasin, En. Ahmad Kamal Mohd Don, Pengetua dan guru-guru SMKDARY, serta Barisan Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Melaka.