JASIN, 19 Oktober 2018 - Majlis ini telah diadakan di Auditorium UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bagi meraikan pelajar FSKM yang telah mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat GPA 3.5 dan keatas pada peperiksaan Jun 2018 yang lepas. YBhg. Datuk Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat telah sudi untuk menyampaikan sijil dekan pada semua penerima. Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Dekan peperiksaan Jun 2018. Turut hadir Prof. Madya Dr. Ismadi Md. Badarudin Timb. Rektor HEA serta Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini Pen. Rektor UiTM Caw. Melaka Kampus Jasin.