Pelajar UiTM Cawangan Melaka mendapat Tempat Kedua dalam Voice of Kongzi: Pertandingan Menyanyi Lagu Bahasa Mandarin antara Universiti di Malaysia.

KUALA LUMPUR, 23 November 2019 – Tahniah diucapkan kepada Muhammad Fitri Bin Borhan, pelajar FPP UiTM Kampus Alor Gajah kerana telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Antara Universiti di Malaysia anjuran Kongzi Institute, Universiti Malaya di Auditorium Kongzi lnstitute, Universiti Malaya.

Pertandingan yang disertai seramai 30 pelajar daripada seluruh universiti di Malaysia ini telah dirasmikan oleh Pengarah China Kongzi Institute Universiti Malaya, Dr. Wang Zheng Hai. Tujuan pertandingan ini diadakan, untuk memberi peluang kepada pelajar bukan penutur natif bahasa Mandarin menghayati kebudayaan dan kesenian melalui nyanyian.

Pengarah China Kongzi Institute Universiti Malaya, Dr. Wang Zheng Hai berkata, program ini perlu diteruskan bagi memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenal potensi diri dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

Menurut Muhammad Fitri bin Borhan,19, beliau sangat berterima kasih dan gembira kerana diberikan peluang menimba ilmu baru dan pengalaman dalam program yang sangat bermakna ini.

Turut hadir, Pengarah Malaysia Kongzi Institute Universiti Malaya,Prof Madya Dr. Noor Zalina binti Mahmood.

Pemenang tempat pertama dan kedua telah mendapat tajaan untuk menyertai Summer Camp di China selama 2 minggu.

Tahniah diucapkan!