![]() |
|
ITM Melaka (Kini UiTM Cawangan Melaka) bermula pada 12 Ogos 1984 di Bangunan sementara IKM di Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan 158 orang pelajar kini UiTM Melaka telah melepasi 10,000 orang pelajar di dua Kampus, iaitu di UiTM Kampus Alor Gajah (KAG) seramai hampir 6,500 dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) hampir 3,500 pelajar. UiTM Kampus Alor Gajah menjalankan Program-program Diploma manakala UiTM Kampus Bandaraya Melaka menjalankan Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Sarjana. Kampus Alor Gajah telah dirasmikan pada 2 Mei 1996 oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia ke 4. Kampus ini merupakan kampus tetap dengan keluasan kawasannya 358.2 ekar. UiTM Melaka terus berkembang pesat dengan menyahut cabaran untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri bagi mencapai 200 000 pelajar UiTM menjelang 2015. Atas usaha dan kerjasama UiTM Melaka dengan Kerajaan Negeri Melaka maka wujudnya UiTM Kampus Bandaraya Melaka, yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada 26 Mac 2007. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500. Dari 1984 hingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah Kampus. UiTM Cawangan Melaka kini berada dibawah pentadbiran Y.Bhg.Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim. |
Laman Utama
Iklan Kenaikan Pangkat
TAWARAN PERMOHONAN KENAIKAN PANGKAT STAF PENTADBIRAN BAGI KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2013
Iklan Jawatan Kosong
Universiti Teknologi MARA, Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan di UiTM Melaka (Kampus Alor Gajah) bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
Jangan Malu Mengaku Melayu: Prof. Datuk Dr SIDEK
Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Datuk Dr Sidek Baba berkata usaha memajukan kaum Melayu bukanlah untuk menindas atau menafikan hak kaum lain di Malaysia tetapi lebih kepada untuk mencapai keseimbangan.
Tunas Ilham Ke Arah Jalinan Perindustrian
Usaha Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) membawa pameran Tunas Ilham Ke-11 dari dalam kampus kepada khlayak ramai diluar dilihat sebagai usaha awal membentuk Jalinan Perindustrian, kata Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim.
More Articles...
Page 1 of 4










