ALOR GAJAH, 29 Ogos 2017 - YBhg. Rektor, Prof. Sabariah Hj. Mahat bergambar bersama pelajar-pelajar dan guru-guru Tadika Permata UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah di dalam Program Kembara Merdeka Tadika Permata UiTM sebentar tadi. Program yang dijalankan ini adalah atas inisiatif Cikgu Ina dan guru-guru tadika tersebut sebagai pengisian Bulan Kemerdekaan & Hari Kebangsaan ke-60.

Turut bersama di dalam program ini ialah Dr. Rani Diana Othman, Timbalan Rektor HEA, En. Norazman Harun, Timbalan Rektor HEP, Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail, Timbalan Rektor PJI, Pn. Nor Aisyah Hj. Husain, Timbalan Pendaftar Kanan, dan En. Jasmin Bongkik, Timbalan Bendahari.

"Negaraku Sehati Sejiwa"