MELAKA, 5 Nov. - Seramai 100 orang pelajar UiTM Cawangan Melaka menjadi sukarelawan di dalam Program 113 TriFactor Bike Run Bike Melaka 2017. Program 113 ini adalah anjuran Global Eventure Ptd. Ltd. sebuah Event Company dari Singapura, dengan kerjasama MBMB, dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka. Peserta yang menyertai sukan lasak ini akan berkayuh sejauh 60km, berlari 13km dan berkayuh semula 40km di dalam trek perlumbaan di sekitar Bandar Melaka. Para sukarelawan melakukan pelbagai tugasan antaranya menguruskan ‘starting/finishing point, ‘transitions area’, ‘water station’, pendaftaran dan keselamatan peserta.