SISTEM PENGURUSAN KUALITI

ISO AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
SISTEM PENGURUSAN KUALITI

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

E-mail Print PDF

 

Assalamu’alaikum wbt dan selamat sejahtera,

Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti bertujuan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan tinggi di UiTM Melaka memenuhi piawaian ISO 9001:2008. Walaupun penggunaan sijil ISO telah ditamatkan, prosedur ISO diterapkan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UiTM Melaka dan menjadi panduan dalam mengukur prestasi keseluruhan SPK UiTMM. Unit Pengurusan Kualiti (UPQ) telah membuat pemurnian ke atas dokumen-dokumen Sistem Pengurusan Kualiti yang terdiri daripada berikut:

  1. Manual Kualiti
  2. Prosedur-prosedur Pengurusan (10 prosedur) seperti berikut:
  • Prosedur kawalan dokumen
  • Prosedur kawalan rekod
  • Prosedur kawalan audit dalam
  • Prosedur kawalan produk yang tidak memenuhi spesifikasi
  • Prosedur tindakan pembetulan dan pencegahan
  • Prosedur pengurusan latihan
  • Prosedur pengendalian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan
  • Prosedur perolehan pengendalian dan penyenggelaraan peralatan ICT
  • Prosedur analisis data

3.  Prosedur-prosedur Operasi (7 prosedur) seperti berikut:

  • Prosedur Penyediaan Jadual Waktu Program/Pensyarah
  • Prosedur Penyediaan Fail Kursus
  • Prosedur Pengendalian Kuliah dan Kerja Kursus
  • Prosedur Penyenggelaraan Ruang Akademik
  • Prosedur Pengendalian Perkhidmatan Sumber Luar
  • Prosedur Pelantikan dan Penilaian Jurulatih Ko-Kurikulum
  • Prosedur Pelantikan dan Penilaian Fasilitator Modul Kemahiran Insaniah UiTM

Warga UiTM hendaklah merujuk kepada Manual Kualiti dan Prosedur-prosedur yang telah ditetapkan sebagai garispanduan di dalam pengurusan dan operasi kerja di UiTM Melaka.

Semoga dengan penggunaan dokumen SPK ini dapat memantapkan lagi prosedur kerja serta penyampaian perkhidmatan UiTM Melaka.

‘Amanah & Tanggungjawab Bersama’

Ketua Unit Pengurusan Kualiti, UiTM Melaka

Last Updated on Thursday, 09 April 2015 03:57
 

Who's Online

We have 1 guest online