UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 24 Ogos 2019 - Telah berlangsung Program 10,000 Langkah UiTM. Pencarian Harta Karun Berkereta bertemakan UiTM di Hatiku, Melaka Malaysia Tanah Airku dianjurkan oleh Persatuan Wanita UiTM Melaka (PEWANI) dan Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) semalam.

Program “explorace” berkereta dan cabaran melakukan aktiviti-aktiviti riadah ini buat julung kalinya dianjurkan di kampus merupakan satu inisiatif baharu bagi memberi kelainan dalam program 10,000 langkah sebelum ini.

Peserta program ini diberikan cabaran meliputi ketiga-tiga kampus di UiTM Cawangan Melaka sekaligus dapat mengenali kampus dengan lebih dekat dan dapat menanamkan semangat setiakawan, saling bekerjasama dalam pasukan dalam usaha mengeratkan lagi silaturahim sesama warga kampus.

Turut hadir En. Ahmad Khairuman Md Hasim, Timbalan Rektor HEP menyempurnakan pelepasan peserta. Semoga program ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.