UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 25 September 2019 - Seramai 620 orang pelajar Diploma semester 5, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan telah menyertai Program "Road to Degree" yang bertempat di Dewan Taming Sari, Kampus Alor Gajah.

Program ilmiah ini telah dirasmikan oleh Dr. Ahmad Fadly Hj Arham, Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Zuraidah Ismail, Ketua Jabatan Ekonomi dan Insuran, Dr Zahariah Sahudin, Pensyarah Kanan (Kewangan) dari UiTM Kampus Puncak Alam dan En. Syamsul Samsudin, Koordinator Program Ekonomi dan Insuran daripada UiTM Kampus Segamat.