Blog - Right Sidebar https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar Tue, 16 Jul 2024 10:35:38 +0000 Joomla! - Open Source Content Management en-gb 2020 Hainan Normal University Scholarship https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/362-hainan-scholarship https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/362-hainan-scholarship

14 April 2020 - Tawaran biasiswa oleh kerajaan Hainan dan Hainan Normal Universiti keutamaan diberikan kepada pemohon-pemohon dari negeri Melaka namun pemohon dari negeri lain digalakkan untuk turut sama memohon. Sila layari https://drive.google.com/drive/u/1/folders/1GMsCd8Cl2HTOJsZUR2RTapnq9GJXb3NG butiran mengenai tawaran tersebut.

 

 

 

 

]]>
Berita Wed, 15 Jul 2020 08:18:56 +0000
Sumbangan kepada Hospital Besar Melaka https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/9-ewani-uitm-cawangan-melaka-dengan-kerjasama-ikram-melaka-kepada-pihak-hospital-besar-melaka https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/9-ewani-uitm-cawangan-melaka-dengan-kerjasama-ikram-melaka-kepada-pihak-hospital-besar-melaka

7 April 2020 - Penyerahan "face shield" oleh PEWANI UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama IKRAM Melaka kepada pihak Hospital Besar Melaka, Hospital Alor Gajah dan Hospital Kem Terendak. Sebanyak 600 lebih face sheild berjaya disiapkan oleh beberapa orang ahli pewani yang menyertai IKRAM Melaka hasil daripada idea Pengerusi Pewani, Puan Rafeah Abu Bakar.

“Face shield" ini akan digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan negara dalam urusan seharian masing-masing. Moga sumbangan kecil kami ini dapat membantu semua petugas melawan penularan wabak COVID-19 ini.

]]>
Berita Wed, 08 Apr 2020 03:34:32 +0000
Sumbangan kepada pelajar NR Kampus Alor Gajah https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/10-sumbangan-bahan-makanan-kepada-pelajar-nr-kampus-alor-gajah https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/10-sumbangan-bahan-makanan-kepada-pelajar-nr-kampus-alor-gajah

ALOR GAJAH, 26 Mac 2020 - Sumbangan bahan makanan kepada pelajar NR yang masih berada di rumah sewa sekitar Alor Gajah diteruskan lagi pada hari ini. Edaran kali ini membabitkan sumbangan bekalan makanan dari Kpdnhep Melaka, Wisma Negeri. Turut disampaikan adalah sumbangan beberapa NGO melalui MPP UiTMCM dan JPNR.

]]>
Berita Wed, 08 Apr 2020 03:31:06 +0000
Sumbangan barangan keperluan kepada pelajar-pelajar UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/11-sumbangan-barangan-keperluan-kepada-pelajar-pelajar-uitm-kampus-bandaraya-melaka-kbm https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/11-sumbangan-barangan-keperluan-kepada-pelajar-pelajar-uitm-kampus-bandaraya-melaka-kbm

MELAKA, 31 Mac 2020 - Terima kasih Persatuan Alumni UiTM Melaka (UMAT) atas sumbangan barangan keperluan kepada pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja pembersihan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM).

Sumbangan disampaikan oleh YBhg Dato' Rosthman Ibrahim, Presiden UMAT bersama Dr Fahmi Rahim, Penolong Rektor KBM dibantu Unit Pengurusan Kolej SRK.

]]>
Berita Wed, 08 Apr 2020 03:27:18 +0000
Sumbangan barangan keperluan kepada pekerja-pekerja pembersihan UiTM Kampus Bandaraya https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/308-sumbangan-barangan-keperluan-kepada-pekerja-pekerja-pembersihan-uitm-kampus-bandaraya https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/308-sumbangan-barangan-keperluan-kepada-pekerja-pekerja-pembersihan-uitm-kampus-bandaraya

MELAKA, 01 April 2020 - Terima kasih Persatuan Alumni UiTM Melaka (UMAT) dan penderma peribadi atas sumbangan barangan keperluan kepada pekerja-pekerja pembersihan UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM).

Sumbangan disampaikan oleh En Zamzuri Bin Ahmad Nazari, Ketua Staf Residen Kolej. Salah seorang penerima telah menerima bantuan dengan penghantaran ke rumah kerana tinggal berjauhan dari kampus.

 

]]>
Berita Wed, 08 Apr 2020 03:23:47 +0000
Sumbangan roti gardenia dari Yayasan Food Bank Malaysia dan Kumpulan Legasi Z Sufi https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/307-sumbangan-roti-gardenia-dari-yayasan-food-bank-malaysia-dan-kumpulan-legasi-z-sufi https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/307-sumbangan-roti-gardenia-dari-yayasan-food-bank-malaysia-dan-kumpulan-legasi-z-sufi

JASIN, 30 Mac 2020 - Penerimaan sumbangan roti gardenia dari Yayasan Food Bank Malaysia dan Kumpulan Legasi Z Sufi kepada pelajar UiTM CM Kampus Jasin. Jutaan Terima Kasih di ucapkan kepada semua penyumbang yang telah banyak memberi kepada pelajar-pelajar UiTM.

]]>
Berita Wed, 08 Apr 2020 03:19:05 +0000
PEMAKLUMAN PENANGGUHAN EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2020 UiTM CAWANGAN MELAKA https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/306-pemakluman-penangguhan-ekspo-selangkah-ke-uitm-2020-uitm-cawangan-melaka https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/306-pemakluman-penangguhan-ekspo-selangkah-ke-uitm-2020-uitm-cawangan-melaka

PEMAKLUMAN PENANGGUHAN EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2020 UiTM CAWANGAN MELAKA

Untuk makluman, berhubung dengan keadaan terkini risiko wabak Corona Virus di Malaysia, penganjuran Ekspo Selangkah ke UiTM di Dewan Taming Sari pada 14 Mac 2020 (Sabtu) ini DITANGGUHKAN.

Sebarang kesulitan adalah amat dikesali. Terima kasih.

 

]]>
Berita Fri, 13 Mar 2020 01:17:40 +0000
Program Penubuhan Pusat Bertauliah ‘1 Student 1 Skill’ https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/305-program-penubuhan-pusat-bertauliah-1-student-1-skill https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/305-program-penubuhan-pusat-bertauliah-1-student-1-skill

MELAKA, 9 Mac 2020 – Seramai 300 orang pelajar dari 3 buah Kampus UiTM Cawangan Melaka telah menyertai Program Penubuhan Pusat Bertauliah ‘1 Student 1 Skill’ anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia dirasmikan oleh YBhg Profesor Dr. Abd Halim Bin Mohd Noor, Rektor UiTM Cawangan Melaka yang bertempat di Auditorium Ibu Zain, aras 4, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.

Program yang dijalankan memberikan pendedahan dan menggalakkan pelajar UiTM Cawangan Melaka mengikuti kursus kemahiran sebagai sijil kedua yang akan menjadi nilai tambah kepada bidang pengajian akademik diikuti di kampus sebagai persediaan mereka melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat bidang pengajian kelak serta bertujuan untuk melahirkan modal insan yang bukan saja mampu bersaing untuk merebut peluang pekerjaan, tetapi juga menjadi penyumbang kepada pembangunan pelbagai sektor industri di negara ini.

Turut hadir sama, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Ismadi Bin Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dato’ Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Bin Jono Dan Timbalan Rektor Pji, Profesor Dr. Shafinar Binti Ismail.

 

]]>
Berita Wed, 11 Mar 2020 01:28:25 +0000
program Young Motivator Selection (YMS 2020) https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/304-program-young-motivator-selection-yms-2020 https://melaka.uitm.edu.my/index.php/en/blog-right-sidebar/304-program-young-motivator-selection-yms-2020

ALOR GAJAH, 8 Mac 2020 –Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Kelab PEERS telah mengelolakan program Young Motivator Selection (YMS 2020) di Dewan Kuliah 1, KPP1 dan bilik kuliah KPP2 sepanjang 3 hari bermula dari hari Jumaat sehingga Ahad dengan penyertaan seramai 21 oranh pelajar daripada pelbagai fakulti.

Objektif utama program adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar UiTM akan pentingnya meningkatkan kemahiran dan teknik komunikasi dua hala di hadapan khalayak ramai, bijak mengeluarkan idea dalam menyampaikan mesej-mesej berguna pada orang ramai, serta memupuk sifat berani dan yakin pada diri sendiri ketika berkomunikasi.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Ismadi Md Badarudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akedemik, Puan Che Manisah Che Mohd Yusuf selaku Timbalan Ketua Pegawai Psikologi merangkap Penyelaras Program, Encik Mohd Bakri Hudain, Pegawai Psikologi Kanan, Puan Aida Nur Mohd Kodri selaku ketua juri, Puan Suriani Hj. Fathilah, Penolong Pendaftar Muhammad Zaki Zainal Abidin, alumni UiTM Melaka sebagai juri jemputan.

 

]]>
Berita Wed, 11 Mar 2020 01:24:14 +0000