PULAU PINANG,15 Disember 2016: UiTM Kampus Bandaraya Melaka telah mengadakan Bengkel Skill Set Development & Perancangan Inovasi 2017 di TH Hotel Penang, Pulau Pinang selama 3 hari bermula pada 15 Disember 2016 sehingga 17 Disember 2016. Penyertaan terdiri daripada staf pentadbiran UiTM Melaka. Program turut diselitkan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr Ismadi Md Badarudin selaku Penolong Rektor Kampus Bandaraya Melaka.
Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Rektor UiTM Melaka iaitu Prof Madya Dr. Mohd Adnan Hashim. Majlis disudahi dengan acara penutup penyampaian hadiah dan penyampaian sijil bagi juara kumpulan. Diharapkan program seperti ini dapat memberi banyak manfaat kepada mereka yang hadir.



