ALOR GAJAH, 13 Januari 2017: Unit Pengajaran & Pembelajaran (ILQAM) Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan bengkel penyediaan kertas soalan berdasarkan “Cap Domain” di Dewan Mini Latihan, Kompleks Pembelajaran dan Pengajaran 2 (KPP2). Antara intipati bengkel yang dilaksanakan ialah; Basic concept of testing & measurement, Bloom Taxanomy of cognitive, affective & psychomotor domain dan How to construct multiple choice & essay questions.

Ceramah selama hampir 4 jam itu telah disampaikan oleh Prof Madya Dr David Loh Er Fu dari Akademi Pengajian Bahasa. Beliau antara pensyarah senior yang terawal di UiTM Melaka dan mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam penyediaan kertas soalan. Seramai hampir 40 pensyarah telah mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada pelbagai fakulti. Menurut salah seorang peserta bengkel tersebut En Ahmad Syafulizan yang datang dari Kampus Bandaraya Melaka, “ Saya belajar banyak perkara sepanjang terlibat dalam bengkel ini. Pelbagai ilmu dan tips dikongsikan dan menjadi lebih yakin untuk membuat soalan selepas ini”.