Latarbelakang

Pusat Sumber UiTM Kampus Bandar Melaka terletak di tingkat 1 dan tingkat 12 Bangunan Graha Jaya, Jalan Hang Tuah Melaka, dan mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007.

Penubuhan Pusat Sumber ini adalah untuk menyokong program pembelajaran dan pengajaran di Kampus Alor Gajah berikutan penambahan pelajar dan fakulti di Universiti Teknologi MARA. Pusat Sumber ini mampu menyediakan tempat duduk bagi 530 orang pengguna dalam satu masa. Koleksi bahan rujukan yang disediakan adalah bertepatan dengan subjek-subjek yang ditawarkan bagi program Ijazah Sarjana Muda.

Terdapat 50 unit terminal komputer disediakan untuk membolehkan pengguna mengakses katalog perpustakaan (Web-OPAC), pangkalan data atas talian, ‘e-books’ dan ‘e-journals’. Pengguna juga boleh membaca akhbar dan majalah serta makalah tempatan di ruang yang disediakan.

Pusat Sumber Kampus Bandaraya Melaka menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Peminjaman dan Pemulangan pelbagai sumber rujukan, Kemudahan Perkhidmatan IT , Rujukan Koleksi Jurnal/Majalah dan Makalah tempatan serta Akhbar-akhbar Tempatan.

 

Misi

Beriltizam menyediakan dan membantu masyarakat UiTM supaya berbudaya ilmu dan kaya maklumat melalui pembacaan, pendidikan, penyelidikan dan penggunaan bahan serta peralatan dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra, sesuai dengan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

 

Visi

Menjadi pusat maklimat yang cemerlang bagi mewujudkan masyarakat UiTM yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat.

 

Objektif

  • Menjadikan Perpustakaan UiTM Kampus Bandaraya Melaka sebagai sebuah pusat maklumat yang cemerlang dari aspek perkhidmatan dan kepelbagaian koleksi yang mantap. Berusaha menjadikan Perpustakaan UiTM Kampus Bandaraya Melaka sebagai perpustakaan maya dan elektronik yang mantap serta meningkatkan pengurusan dan perkhidmatan.
  • Menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu di UiTM dengan menyediakan dan memaksimumkan penggunaan pelbagai jenis bahan perpustakaan dan kemudahan teknologi maklumat.
  • Menyediakan ruang untuk keselesaan pelanggan, staf, penempatan bahan dan peralatan.
  • Mewujudkan tenaga kerja yang terlatih, mempunyai pelbagai kemahiran, beretika tinggi, proaktif dan semangat berpasukan melalui latihan, pendidikan yang berterusan serta peningkatan dalam kerjaya.
  • Berusaha mewujudkan masyarakat UiTM yang bermaklumat, berilmu, berbudaya membaca dan membudayakan penyelidikan melalui penyediaan bahan sumber dan peralatan yang sesuai, terkini dan mencukupi.