Pengenalan Pejabat Bendahari

Pejabat Bendahari Kampus Jasin, Melaka diketuai oleh seorang Penolong Bendahari. Beliau turut dibantu oleh 2 orang Penolong Akauntan dimana setiap Penolong Akauntan ini mengetuai satu unit didalam Pejabat Bendahari. Jumlah terkini kakitangan didalam Pejabat Bendahari adalah seramai 7 orang.

Visi

Menjadikan UiTM sebuah university yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang professional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Mengendalikan khdimat pengurusan kewangan dengan cekap, cepat, tepat dan bertanggungjawab selaras dengan Objektif dan Misi UiTM.

Objektif

Pejabat Bendahari merupakan salah satu bahagian utama yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber kewangan dan perolehan Universiti Teknologi MARA Kampus Jasin untuk mencapai objektif-objektif berikut:-

  • Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat Sijil Audit Bersih
  • Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati piagam pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
  • Menggalakkan budaya penambahbaikkan berterusan oleh semua staf dengan penglibatan staf sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setiap tahun
  • Mencapai penggunaan 100% system teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi system pengurusan kewangan.

Dasar Kualiti

Pejabat Bendahari akan melaksanakan system pengurusan kewangan secara professional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab keatas perancangan, perlaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan professional.

"Kualiti Untuk Semua, Akauntabiliti Bersama" sebagai teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Fungsi Utama

  • Pengurusan Kewangan
  • Penerimaan Hasil UiTM
  • Pengurusan Kewangan Pelajar
  • Pengurusan Bayaran Kepada Pembekal
  • Pengurusan Bayaran Pelbagal
  • Pengurusan Perolehan
  • Pengurusan Sebutharga dan Tender
  • Perancangan Perolehan Tahunan
  • Pengurusan Harta benda dan Stor
  • Pengurusan Belanjawan
  • Penyediaan Belanjawan UiTM
  • Perancangan Perolehan Tahunan
  • Pengurusan Harta benda dan Stor