PENTADBIRAN AM
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR 
UiTM (MELAKA) KAMPUS JASIN

PEJABAT PENTADBIRAN (HAL EHWAL PELAJAR)

Pejabat ini menyelaras semua unit pentadbiran Hal Ehwal Pelajar. Ia bertanggungjawab dalam membangun dan melaksana sistem pengurusan dan perkhidmatan Hal Ehwal Pelajar meliputi pembangunan sumber manusia, perjawatan, perhubungan dengan pihak dalaman dan pihak luar, kebajikan pelajar serta staf, kemudahan kolej dan fasiliti pejabat, sekretariat Hal Ehwal Pelajar dan pentadbiran am mengikut piawaian am Universiti Teknologi MARA.

Fungsi Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan adalah :

● Bertanggungjawab di dalam merancang, melaksana dan memantau proses perlaksanaan sistem perkhidmatan unit-unit di bawah ruang lingkup kawalan.

● Bertanggungjwab dalam merancang, melaksana dan memantau proses perlaksanaan sistem perkhidmatan di unit yang ditetapkan.

● Menyelaras dan melaksana dasar penempatan di kolej-kolej kediaman, menyelaras kemudahan dan penyelenggaraan kolej, menjalankan kajian penempatan di seluruh sistem UiTM dan mengurus hal ehwal kebajikan pelajar.

● Bertanggungjawab memastikan semua kemudahan kolej disediakan mengikut piawaian university dan pihak berwajib, penyelenggaraan kolej yang bersistematik, bersih dan selamat, pentadbiran kolej yang cekap dan berperanan dalam menjayakan aktiviti pelajar.

● Menyelaras dam memantau Perkhidmatan Kaunter Setempat (One Stop Centre) yang berfungsi sebagai pusat maklumat mengenai :

- Bantuan kewangan, biasiswa dan pinjaman PTPTN
- Maklumat am fakulti / pusat / bahagian / unit
- Maklumat program yang ditawarkan di UiTM
- Edaran maklumat / risalah yang melibatkan pelajar
- Mengurus aduan pelajar yang diterima dikaunter / e-mail
- Menyelaras perkhidmatan lain seperti ha-hal keselamatan, kewangan dan perpustakaan.
- Kemudahan kolej kediaman
- kemudahan kenderaan

 

● Perancangan Strategik dan Jangka Panjang :

- Merangka dan menyediakan dasar pelan tindakan, merancang dan menggubal rangka dan strategi makro HEP
- Menyedia dan memantau aktiviti Perancangan Strategik Bahagian HEP bersesuaian dengan visi dan misi UiTM
- Memastikan aktiviti tahunan Bengkel Pemantapan Pengurusan HEP dilaksanakan

 

VISI HAL EHWAL PELAJAR

Menjadi bahagian yang unggul dalam memberi perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.


MISI HAL EHWAL PELAJAR

Membantu melahirkan graduan bumiputera unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan social.


OBJEKTIF HAL EHWAL PELAJAR

Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik.

Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.


PERKHIMATAN UTAMA HAL EHWAL PELAJAR

1. Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar

2. Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar


FUNGSI HAL EHWAL PELAJAR

Bahagian Hal Ehwal Pelajar berperanan untuk memastikan penyediaan prasarana yang kondusif bagi pembelajaran dan urusan yang berkaitan dengan pembangunan pelajar, kemudahan kolej kediaman, kemudahan bantuan kewangan, kesihatan, kebajikan, kaunseling peribadi dan kerjaya, kegiatan persatuan, aktiviti sukan serta keusahawanan pelajar. Bahagian ini juga terlibat dalam urusan disiplin dan sahsiah pelajar.

Fungsi HEP semakin jelas apabila wujudnya Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 atau dikenali sebagai Akta 174.

Secara amnya, fungsi Bahagian HEP adalah seperti berikut :

i) Menyediakan kemudahan penginapan dan insentif bantuan makan kepada pelajar yang layak.

ii) Menyelaras perhubungan pelajar dengan pentadbiran UiTM, institusi-institusi pengajian tinggi,
agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan luar dan orang perseorangan.

iii) Mengurus, menyelaras dan melaksanakan aktiviti Kokurikulum dan Program Latihan Pembangunan
Pelajar.

iv) Menyelaras kegiatan pelajar seperti aktiviti berpersatuan, intelektual, kepimpinan, sukan, kebudayaan, keusahawanan, keagamaan dan social.

v) Memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada pelajar.

vi) Membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan dalam bentuk dermasiswa, biasiswa dan pinjaman.

vii) Menguruskan dan memberikan perkhidmatan kesihatan termasuk hal-hal kecemasan dan kematian.

viii) Menyediakan perkhidmatan pengangkutan didalam kampus.

ix) Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Pelajar yang tinggal di luar kampus (Pelajar NR).

x) Menjaga ketenteraman dalam dan luar kampus memalui pelaksanaan Akta 174, Akta Institusi- Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.


PUSAT, KOLEJ DAN UNIT DIBAWAH PENGURUSAN BAHAGIAN HEP ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Pejabat dan Pusat / Institut
● Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP)
● Pejabat Penadbiran HEP
● Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar
● Pusat Kesihatan
● Pusat Sukan
● Pusat Kerjaya dan Kaunseling
● Pusat Kokurikulum
● Pusat Kegiatan Pelajar
● Pusat Kebudayaan
● Institut Kepimpinan Pelajar

Unit
● Unit Kemudahan Kolej
● Unit Pengurusan NR
● Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar
● Unit Kenderaan
● Unit Pembangunan Perniagaan
● Unit ICT
● Unit Teknikal
● Unit Korporat dan Tugas-Tugas Khas / Urusetia MPP

Kolej Kediaman
● Kolej Tun Gemala
● Kolej Tun Sri Lanang

 

BAHAGIAN LAIN YANG MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA PELAJAR :

● Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
● Unit Zakat (ACIS)

● Bahagian Keselamatan

● Pejabat Bendahari

● Bahagian Pengurusan Fasiliti

● Pejabat Teknologi Maklumat (InfoTech)