UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
UiTM (MELAKA) KAMPUS JASIN

Pengenalan

Unit Kerjaya dan Kaunseling, UiTM (Melaka) Kampus Jasin telah memulakan perkhidmatan pada 3 Februari 2014. Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program pembangunan kerjaya pelajar sejajar dengan hasrat UiTM untuk melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Objektif

• Memperkembangluas perkhidmatan profesional kerjaya dan kaunseling untuk kepentingan dan keperluan mahasiswa/i, para graduan, universiti dan para majikan.
• Mempelbagaikan program pembangunan diri dan pembangunan kerjaya dalam kalangan mahasiswa/i menerusi peningkatan dan jalinan program serta aktiviti yang melibatkan kepakaran universiti dan majikan.
• Menganjurkan program-program kemasyarakatan bersama pelajar dengan kerjasama masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.

Perkhidmatan

• Sesi Kaunseling Individu (Peribadi, Akademik, Sosial, Kewangan, Keluarga dll)
• Sesi Kaunseling Kelompok (Perkembangan Kendiri, Perkembangan Kerjaya, Kemahiran Belajar, Komunikasi, Interaksi Sosial dll)
• Persediaan Kerjaya (Finishing School, Bengkel Kerjaya, Karnival Kerjaya, Temuduga Dalam Kampus, Dialog Majikan, Career Outreach)
• Program Pembangunan Diri (Program Motivasi, Kepimpinan, Kemahiran Sosial, Kenali Diri, Program Transisi Ke Universiti, Klinik Kaunseling, Program Kecemerlangan Diri)
• Ujian Personaliti (Inventori Gaya Bercinta, Inventori Personaliti Warna, Inventori Minat Kerjaya, Inventori Personaliti Sidek, Inventori Personaliti Stress dll)
• Khidmat Bimbingan (Nasihat, Perundingan, Konsultansi)
• Peers Club (Sila dapatkan borang di Unit Kerjaya dan Kaunseling)

Hubungi Kaunselor

1. Cik Nur Shahira Binti Md Shukor
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 06-264 5134

2. En. Bakhtiar Effendy Bin Hudari
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel : 06-264 5122

 Waktu Perkhidmatan

Isnin hingga Khamis
8.00 pagi – 1.00 tengahari
2.00 petang – 5.00 petang

Jumaat
8.00 pagi – 12.15 tengahari
2.45 petang – 5.00 petang

Lokasi Unit Kerjaya dan Kaunseling
Aras 2, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bangunan Pentadbiran, UiTM (Melaka) Kampus Jasin

Tel : 06-264 5109