UNIT KESIHATAN
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
UiTM (MELAKA) KAMPUS JASIN

Visi UNIT KESIHATAN

  • Mewujudkan satu masyarakat universiti yang sihat dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual agar visi dan misi Universiti Teknologi MARA dapat dicapai.

MISI UNIT KESIHATAN

  • Melahirkan masyarakat universiti yang sihat secara menyeluruh melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berkualiti serta menggalakkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF UNIT KESIHATAN

  • Menjadi sumber perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada pelajar selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN UNIT KESIHATAN

  • Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan profesional.
  • Perkhidmatan yang mesra, segera, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. 
  • Persekitaran klinik yang bersih, selesa, selamat dan kondusif.
  • Penambahbaikan perkhidmatan kesihatan yang berterusan.
  • Menjamin kerahsiaan maklumat pesakit.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Rawatan Kes Kecemasan
  • Pembedahan Kecil dan Prosedur Rawatan
  • Pengendalian Pesakit di Wad Pemerhatian
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Perlindungan Perubatan (Medical Cover)
  • Pinjaman Peralatan Perubatan
  • Dispensari Ubat-ubatan
  • Perkhidmatan Makmal
  • Rujukan ke Hospital/KK Kerajaan
  • Pengurusan Rekod Pesakit
  • Pembayaran Bil Rawatan Pesakit
  • Tuntutan Tabung Bantuan kecemasan Pelajar
  • Aktiviti Promosi Kesihatan