UNIT PENGURUSAN KOLEJ & NR
UiTM (MELAKA) KAMPUS JASIN

Pengenalan

VISI

Menjadi agensi pendidikan awam yang unggul dalam Pengurusan Kolej.

MISI

Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif

Menyediakan kemudahan penginapan yang selamat,selesa dan makanan yang seimbang, menepati standard universiti dan berkualiti.

Kolej Kediaman Siswa dan Siswi masing-masing terbahagi kepada lima buah blok bangunan, Untuk blok bangunan Siswa iaitu Tun Sri Lanang A dan Tun Sri Lanang B,Kedua-dua blok bangunan ini mampu menempatkan pelajar seramai 1008 penghuni.
Bagi Kolej Kediaman Sisiwi pula mempunyai 3 buah blok iaitu Tun Gemala A, Tun Gemala B dan Tun Gemala C yang kesemua blok ini mampu menempatkan seramai 1500 penghuni.

Peraturan kolej

• Pematuhan dan penghayatan nilai-nilai yang dituntut oleh agama Islam.
• Keterampilan dan penglibatan penghuni kolej di dalam mengisi tuntutan pembelajaran dan insaniah.
• Pengembangan suasana ilmu, peningkatan mutu, penglibatan dan keterampilan mahasiswa secara bersepadu dalam mengisi tuntutan pembelajaran.

Fungsi Unit Pemgurusan Kolej & NR

• Menguruskan Kemudahan Penempatan Pelajar dan Pelawat
• Menguruskan Permohonan Elaun Bantuan Makan Pelajar.
• Menguruskan Kebajikan Pelajar NR
• Pendaftaran Masuk Kolej Kediaman
• Permohonan Kemudahan Kolej Kediaman (e-Kolej)
• Pendaftaran Peralatan Elektrik
• Permohonan Kemudahan Elaun Bantuan Makan (e-Insentif)
• Pendaftaran Keluar Kolej Kediaman
• Pendaftaran Pelajar Non-Resident (e-NR)

Prosedur Daftar Masuk Kolej

• Notis tempoh daftar bilik
• Tunjuk salinan surat tawaran
• Tandatangan ambil Kunci bilik

Prosedur Daftar Keluar Kolej

• Tempoh 2 hari selepas peperiksaan.
• Kemas & bersihkan bilik.
• Serah borang/kad aktiviti & tandatangan serahan kunci bilik.

Kemudahan yang ada disediakan di Kolej kediaman

• Mesin membasuh pakaian (coin-operated machine)
• Surau kolej
• Ruang menonton TV
• Medan selera untuk perkhidmatan makanan
• Mini Market di Pusat persatuan pelajar (PPP)
• Bilik Bacaan
• Bilik Komputer
• Gelanggang Sukan
• Capaian WIFI di medan selera
• Bilik Sakit Pelajar (sick bay)
• Rumah Tamu
• Rumah Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP)
• Ruang Rekreasi
• ATM (Bank islam)


Peralatan elektrik yang dibenarkan di kolej kediaman adalah seperti berikut:

• Komputer / Laptop
• Telefon Bimbit
• Radio berkuasa (kurang 20 watt)
• Seterika
• Cerek
• Kipas Angin (Meja)
• Adaptor
• Mesintaip Elektrik
• Pengering Rambut


Piagam Pelanggan.

• Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa kepada semua mahasisiwa/mahasisiwi.
• Memastikan persekitaran kolej kediaman sesuai untuk penginapan dan pembelajaran selaras dengan dasar persekitaran UiTM.
• Memberi layanan mesra dan penuh tanggungjawab ketika berurusan dengan pelajar.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat sekaligus mampu melahirkan suasana masyarakat kampus yang harmoni dan kondusif.
• Memastikan semua aspek berkaitan kebajikan dan kesihatan mahasisiwa/mahasisiwi sentiasa di utamakan.
• Meluluskan permohonan pelajar yang layak untuk menginap di kolej kediaman mengikut kapasiti semasa.
• Menitikberatkan dan Memastikan Penglibatan Pelajar di setiap aktiviti Kolej dan aktiviti Sukan.
• Melaporkan aduan kerosakan rasmi kepada kontraktor dan memastikan tindakan terhadap kerosakan di selenggara dalam kadar segera dan efisien.