Pengenalan

Penubuhan Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM (Melaka) Kampus Jasin adalah bertujuan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sukan untuk masyarakat kampus. Daripada aktiviti yang dijalankan, Unit Sukan berharap ianya akan dapat menyumbang ke arah melahirkan siswa-siswi yang sihat, cergas dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Matlamat

Melahirkan pelajar-pelajar yang sihat lagi cergas, bertaqwa dan cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.
Kelab Sukan

  • Bola Sepak
  • Bola Jaring
  • Badminton
  • Rekreasi (berkayak / mendaki)
  • Ragbi
  • Futsal (Lelaki / Wanita)
  • Bola Tampar
  • Hoki (Lelaki / Wanita)

    Pelajar yang berminat untuk menyertai kelab sukan ini, boleh mendaftar di Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.