Pengenalan

Perpustakaan UiTM (Melaka) Kampus Jasin terletak di tengah-tengah kampus dan sangat mudah di akses oleh warga UiTM KJM dan telah mula beroperasi pada 3 Februari 2014.


Penubuhan Perpustakaan UiTM KJM ini adalah untuk menyokong program pembelajaran dan pengajaran di Kampus Jasin yang menawarkan program diploma dan sarjana muda dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi.

Kemudahan

Perpustakaan UiTM (Melaka) Kampus Jasin ini mempunyai 3 aras dan mampu menyediakan tempat duduk bagi 954 orang pengguna dalam satu-satu masa. koleksi bahan rujukan yang disediakan adalah bertepatan dengan subjek-subjek yang ditawarkan bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Selain daripada itu, perkhidmatan-perkhidmatan seperti Peminjaman dan Pemulangan pelbagai sumber rujukan (Aras 1), Rujukan Koleksi Jurnal / Majalah dan Makalah Tempatan serta Akhbar-akhbar Tempatan (Aras2) dan Kemudahan Perkhidmatan IT (Aras 3) turut disediakan.

Visi

Menjadi pusat maklumat yang cemerlang bagi mewujudkan masyarakat UiTM yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat.

Misi

Beriltizam menyediakan dan membantu masyarakat UiTM supaya berbudaya ilmu dan kaya maklumat melalui pembacaan, pendidikan, penyelidikan dan penggunaan bahan serta peralatan dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra sesuai dengan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.