Pengenalan


Bahagian Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi MARA, Kampus Jasin ini diwujudkan selaras dengan pembukaan UiTM Kampus Jasin pada 03 Februari 2014. Bahagian ini di ketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat, dan di bantu oleh 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat serta 4 orang Juruteknik Komputer. Terdapat 12 buah makmal komputer yang terlatak di bangunan Fakulti Sains Komputer & Matematik dan 5 buah makmal komputer di bangunan Fakulti Perladangan & Agroteknolgi. Selain menyelaras kesemua makmal komputer di Kampus Jasin ini, bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap semua peralatan ICT termasuk rangkaian berwayar dan tanpa wayar.

Misi

Menjadikan Teknologi Maklumat UiTM Kampus Jasin sebagai salah satu komponen penting bagi merealisasikan wawasan Universiti Teknologi MARA sejajar dengan kehendak Negara.

Visi

Menyediakan semua infrastruktur yang berkaitan Teknologi Maklumat kepada pelanggan dalaman dengan kemudahan bersesuaian dengan kehendak UiTM dan dapat digunapakai secara maksimum dalam semua aspek.

Fungsi Utama Bahagian Teknologi Maklumat

Pengurusan ICT

  • Penyelenggaraan Peralatan Komputer
  • Mengurus inventory Peralatan Komputer
  • Pengagihan peralatan komputer
  • Penyediaan Akaun E-mel Kakitangan
  • Memastikan rangkaian komputer berfungsi dengan baik
  • Menyediakan system komputer yang boleh berfungsi.

Pengurusan Makmal Komputer

  • Memastikan setiap makmal berfungsi dengan baik
  • Menyediakan perisian-perisian yang terkini mengikut keperluan semasa
  • Menyediakan peraturan penggunaan terhadap makmal komputer
  • Menyelenggara setiap komputer pada masa-masa yang ditetapkan
  • Memastikan tahap keselamatan makmal berada pada tahap optimum

Peralatan Komputer

  • Pentadbiran Am
  • Penyediaan Bajet ICT
  • Menguruskan proses tempahan makmal komputer

Khidmat Nasihat

  • Mengadakan kursus-kursus ICT
  • Memberi bantuan secara yerus kepada kakitangan dan jabatan yang bermasalah berkenaan komputer dan rangkaian.