Unit Komunikasi Korporat

E-mail Print PDF


Latarbelakang Unit Komunikasi Korporat

UiTM Melaka telah ditubuhkan pada tahun 2001. Unit ini berada di bawah Pejabat Rektor UiTM Melaka dan diterajui oleh seorang Ketua Unit dan dua orang Koordinator masing-masing di Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandaraya Melaka sebagai tenaga penggerak bagi meningkatkan imej UiTM Melaka melalui hubungan dua hala dengan pelbagai agensi/jabatan, media dan masyarakat melalui pelbagai bentuk aktiviti dan kerjasama. Unit Komunikasi Korporat Kampus Bandaraya Melaka telah diwujudkan pada tahun 2010 sebagai wakil dan kini bermula pada tahun 2011 Unit Komunikasi Korporat Kampus Bandaraya Melaka diterajui oleh seorang Koordinator.Di samping itu Unit Komunikasi Korporat juga berperanan mempromosikan imej dan reputasi UiTM Melaka melalui komunikasi strategik di antara IPTA, IPTS, kerajaan Negeri Melaka dan medium lain seperti media percetakan dan elektronik selain daripada program universiti.

Visi

Menjadi unit yang terunggul dan juga sebagai teras peneraju utama jentera komunikasi dan perhubungan awam yang profesional dan berwibawa.

Misi

Menterjemah hasrat UiTM Melaka kepada kehendak kumpulan sasar melalui pendekatan perhubungan yang realistik serta memenuhi aspirasi masyarakat selaras dengan konsep 1 Malaysia khususnya di Negeri Melaka.

Objektif

Sebagai salah sebuah unit yang penting dalam sistem pengurusan Universiti Teknologi MARA Melaka, Unit Komunikasi Korporat menitikberatkan:-

- Menerapkan budaya korporat di kalangan warga UiTM Melaka.

- Memastikan dasar, maklumat dan informasi terkini UiTM Melaka disebarkan secara efektif melalui laman web.

- Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat universiti melalui media cetak dan elektronik seragam dan selaras dengan dasar korporat.

- Menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti yang cemerlang.

- Memperkukuhkan serta menjalinkan hubungan dua hala dengan media dan masyarakat luar.

- Memantau isu-isu UiTM khususnya UiTM Melaka yang terkandung di dalam media massa.

- Menyelaras adua-aduan diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Fungsi

- Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi bagi UiTM Melaka melalui stesen TV dan radio; bahan promosi, artikel, teks ucapan dan penyampaian maklumat aktiviti-aktiviti di UiTM Melaka dan Jabatan di bawahnya.

- Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, siaran media, radio dan temu bual khas media cetak dan elektronik.

- Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti majlis rasmi UiTM Melaka melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media.

- Memantau dan mengurus maklum balas bagi aduan dan cadangan yang diterima melalui surat khabar, laman web, serta aduan daripada e-Maklumbalas Pelanggan (e-MP).

- Menyelaras persiapan taklimat, lawatan dari dalam negeri yang datang ke UiTM Melaka.

- Merancang dan mengendalikan urusan mendapatkan maklum balas kepuasan teras perkhidmatan UiTM Melaka daripada orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui, yang sedang dan telah menerima perkhidmatan UiTM Melaka menerusi borang kajian selidik, soalan laman web dan talian telefon.

Piagam Pelanggan Komunikasi Korporat

Kami berjanji:-

- Melaksanakan hebahan kepada warga kampus dan masyarakat luar tentang hal ehwal UiTM Melaka dalam tempoh 4 kali sebulan melalui laman web rasmi UiTM Melaka.

- Memastikan promosi publisiti dan pelan strategik komunikasi korporat mengenai program UiTM Melaka dilaksanakan seperti yang dirancang

- Menyebarkan maklumat terkini dalam tempoh satu hari kepada warga kampus dan masyarakat luar.

- Melaksanakan semakan ke atas penerbitan UiTM supaya selaras dengan imej korporat.

- Memberi layanan yang mesra kepada warga kampus, media dan masyarakat luar.

- Menerbitkan berita ringkas sekurang-kurangnya sekali sebulan.