Unit Kolej

E-mail Print PDF

 

PENGENALAN

Unit Pengurusan Kolej dan NR merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang bertanggungjawab dan berfungsi untuk menyediakan dan menguruskan kemudahan penempatan kolej dan lain-lain kemudahan berkaitan kepada setiap pelajar yang berkelayakan.

LATAR BELAKANG

Unit Pengurusan Kolej dan NR ditubuhkan selaras dengan penubuhkan UiTM Kampus Bandaraya Melaka pada 26 Mac 2007 yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam. KBM menempa sejarah ”City Campus” UiTM terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar hampir 3,500 orang pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

Terdapat 2 Kolej kediaman berbayar yang menempatkan pelajar-pelajar iaitu :

  • Kolej kediaman Tun Mamat (Pelajar Siswa)

          Kapasiti keseluruhan 256 orang

  • Kolej kediaman Tun Mutahir (Pelajar Siswi)

          Kapasiti keseluruhan 540 orang

Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di luar Kolej adalah pelajar yang berstatus Non Resident (NR).

VISI UPK & NR

Visi UPK NR adalah menjadi sebuah unit yang unggul dalam menyediakan kemudahan penginapan dan persekitaran yang selesa, selamat serta kondusif sebagai landasan latihan ke arah pembangunan kerohanian pelajar.

MISI UPK & NR

Misi UPK NR adalah melahirkan graduan yang berperibadi murni, mempunyai jatidiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing melalui pelbagai program pembangunan pelajar serta kemudahan yang disediakan.

OBJEKTIF UPK & NR

  • Menyediakan perkhidmatan serta kemudahan penginapan  yang selamat, selesa dan kondusif sesuai dengan perkembangan Universiti.
  • Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar ke arah pembentukan peribadi yang bersepadu supaya bersifat mulia dan bertaqwa serta berdaya saing.
  • Menyediakan prasarana serta lain-lain kemudahan fizikal yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa.
  • Menyediakan kemudahan teknologi maklumat selaras dengan perubahan dan keperluan semasa.
  • Menjadikan Kolej kediaman sebagai aset yang dapat menyumbangkan pendapatan kepada Universiti.
  • Menjadikan Kolej sebagai pusat latihan untuk pembangunan pelajar.

FUNGSI UNIT

  1. Pengurusan Kolej kediaman dan Non Resident
  2. Penempatan Kolej pelajar pada setiap semester
  3. Penyimpanan rekod dan lain-lain urusan berkenaan dengan penempatan dan makanan
  4. Menguruskan Tabung Amanah Am Kolej dan Tabung Kumpulan Wang Pengurusan Kolej
  5. Aktiviti pelajar di Kolej kediaman dan Non Resident
  6. Urusan keluar/masuk pelajar dari Kolej