Unit Komunikasi Koporat

E-mail Print PDF

Pengenalan Unit Komunikasi Koporat

Pusat Perhubungan UiTM – Industri telah mula ditubuhkan pada 16 hb. Jun 2003 yang pada mulanya hanya terdapat di Kampus Induk, Shah Alam.  Walaubagaimana pun ianya telah dikembangkan ke semua kampus cawangan bagi membantu Unit Koporat untuk mengenalpasti perhubungan Industri dan UiTM.

Unit Komunikasi Koporat juga berperanan dalam memberi pendidikan dan bimbingan dari segi teknologi ( teori dan praktikal) kepada pihak industri yang memerlukan.  Selain itu di Unit Komunikasi Koporat ada menyediakan khidmat kepakaran, sokongan teknikal dan pembangunan bagi membantu pihak-pihak usahawan tempatan.   Pihak Unit Komunikasi Koporat juga akan memberi bantuan dalam menyediakan kemudahan ruang incubator teknologi yang bersesuaian bagi merapatkan lagi hubungan dengan Industri.
(jika perlu).

Hubungan Industri tidak hanya melibatkan program yang berkaitan teknologi semata-mata, Unit Komunikasi Koporat akan menbantu menyediakan program- program latihan, bimbingan, dan penyelidikan kepada Industri-Industri yang memerlukan.

UiTM Melaka telah dapat mengenalpasti perhubungan yang telah sekian lama wujud antara pihak Universiti dan Industri melalui penghantaran pelajar-pelajar praktikal.  Selain itu Unit Komunikasi Koporat Melaka juga baru bermula sebagai pakar rujuk kepada Industri-Indusrti dalam proses pembangunan dan perlaksaan projek yang akan dijalankan oleh Indusrti dan UiTM.

Skop & Tugas

Skop dan tugas yang harus dilaksanakan oleh pihak Unit Komunikasi Koporat Melaka adalah selaras dengan koporat Induk yang diketuai oleh Pengarahnya Prof. Madya Dr. Norsaadah binti Ismail.  Antara skop dan tugas adalah seperti berikut :-

  • Berkerjasama dengan Koporat Induk untuk mengenalpasti dan memantapkan perhubungan Industri dan UiTM dalam bidang ‘NICHE’ Fakulti / Kampus/ Pusat.
  • Mengwujudkan pengkalan data bagi maklumat perhubungan indusrti dan Fakulti / Kampus/ Pusat.
  • Membantu Unit Komunikasi Koporat menjalinkan ‘core competencies’ Fakulti / Kampus/ Pusat dengan ‘ core business’ Industri.
  • Menerima, menyerahkan dan memantau kerja-kerja dari Industri /Unit Komunikasi Koporat kepada Fakulti / Kampus/ Pusat yang berkaitan.
  • Mengikatkan penglibatan pensyarah dengan Industri dan Fakulti untuk memastikan silibus adalah bersesuaian dan memenuhi kehendak Industri.
  • Menganggotai mesyuarat Unit Komunikasi Koporat/ Fakulti / Kampus/ Pusat dari masa ke semasa untuk penentuan dan pembentukan polisi Unit Komunikasi Koporat.
  • Memantau projek yang diagihkan kepada  Fakulti / Kampus/ Pusat yang berkaitan  untuk menentukan perkembangan dan perjalanan projek.
  • Membuat lawatan bersama Unit Komunikasi Koporat ke Industri untuk mendapatkan maklumat perhubungan Uitm dan Industri.
  • Memastikan hubungan yang sihat dan harmoni terjalin sentiasa di antara Fakulti / Kampus/ Pusat dan Industri.
  • Memaklumkan perkembangan Unit Komunikasi Koporat kepada Unit Komunikasi Koporat yang terdapat di semua kampus cawangan, Fakulti / Kampus/ Pusat.

Perkembangan Projek Unit Komunikasi Koporat Melaka

Unit Komunikasi Koporat Melaka telah mula mengorak langkah sebagai satu unit yang akan memastikan hubungan pihak Universiti dengan Industri sentiasa terjalin dan akan membawa projek, perundingan dan usahasam yang akan memberi pelbagai faedah kepada kedua-dua pihak.  Antara perundingan dan projek yang telah dilaksanakan seperti berikut:-

Bil.
Rundingan/Projek 
Tarikh 
Penglibatan 
1. 
Merekacipta Pakaian Seragam 
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPA3) 
18 Jan 2006 
FSSR
2. 
Bengkel Pembungkusan, Pelabelan dan Penjenamaan dalam Pembangunan IKS. 
Bahagian Indusrti kesil & sederhana,
Jabatan ketua Menteri Melaka 
10 Feb 2006 
FSSR 
3. 
Merekacipta Pembungkusan dan Pelrlabelan Produk IKS Dodol.
Oleh: Dowanis Enterprise
Bt. 14 ½ Kelemak Jalan Lendu, 
78000 Alor Gajah. Melaka.  
30 Mac 2006 
FSSR 
4. 
“English for Life”
Politeknik Merlimau
Kementerian  Pengajian Tinggi Malaysia, 77300 merlimau Melaka.  
24 Apr 2006 
Akademi Bahasa
5. 
FELDA
Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan
(dalam rundingan) 
19 Mei 2006 
FSSR 
6. 
Melukis Bersama TYT Negeri Melaka.
“Ilham Seni” 
9 Okt 2005 
FSSR 
Panduan berurusan