Pejabat Rektor

E-mail Print PDF
Y.Bhg.Prof Madya Dr Mohd Adnan HashimRektor UiTM Cawangan Melaka Pejabat Rektor UiTM Cawangan Melaka adalah nadi kepada pentadbiran kampus UiTM Melaka. Pejabat ini akan memantau semua perancangan yang dilakukan di kampus ini, dari segi pentadbiran, penyelenggaraan, ICT, kewangan dan lain-lain. Fungsi Utama Pejabat Rektor Rektor UiTM Cawangan Melaka bertanggungjawab untuk memastikan segala perjalanan kampus seiring dengan objektif UiTM Melaka. Pejabat Rektor juga bertanggungjawab menetapkan dasar dan objektif kampus disamping memastikan aktiviti-aktiviti kampus yang selaras dengan objektif penubuhan UiTM Melaka. Pengurusan aktiviti-aktiviti tersebut dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat berkala seperti Mesyuarat Ketua Bahagian, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dan Mesyuarat Pengurusan Dalaman. Menyampaikan perkembangan terkini dari pengurusan induk di Shah Alam kepada kakitangan / pelajar di kampus UiTM Melaka melalui pekeliling, makluman dalam mesyuarat, surat dan lain-lain juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab Pengarah Kampus. Rektor UiTM Cawangan Melaka, dengan dibantu oleh Unit Perhubungan Korporat Pengantarabangsaan, juga menguruskan hal ehwal perhubungan awam dengan masyarakat di luar kampus. Rektor UiTM Cawangan Melaka juga bertanggungjawab untuk menetapkan dasar dan objektif kualiti bagi memastikan proses-proses dikendalikan berkualiti bagi menghasilkan graduan yang sebaik mungkin.