Teknologi Maklumat

E-mail Print PDF

PEJABAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA

PENGENALAN

Diwujudkan pada tahun 1994 dengan nama Unit Komputer dan diketuai oleh seorang koordinator dengan dibantu oleh 2 orang Pembantu Makmal. Daripada 2 buat makmal, kini Unit Teknologi Maklumat menguruskan 20  buah makmal komputer dan 3 makmal bahasa. Lebih daripada 1300 unit komputer yang disambung terus ke rangkaian kampus.

Di awal penubuhannya unit ini berada di bawah pentadbiran Akademik. Tetapi dengan perkembangan ICT yang pesat membangun, unit ini diletak di bawah Pejabat Rektor pada tahun 2002.

Dengan kekuatan seramai 15 orang yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, 4 orang Juruteknik Komputer Kanan,  7 orang Juruteknik Komputer dan seorang Pembantu Operasi unit ini dipertanggungjawabkan terhadap semua peralatan ICT termasuk rangkaian berwayar dan tanpa wayar .

Hasil daripada bengkel Tabdir Urus Pengurusan UiTM Melaka pada tahun 2014, unit ini telah dinaik taraf menjadi Bahagian Teknologi Maklumat dimana Ketuanya dipertanggungjawabkan untuk memantau keperluan IT di ketiga-tiga kampus melalui Unit Teknologi Maklumat di Kampus  Bandaraya dan Kampus Jasin.

Teras utama adalah memastikan system rangkaian beroperasi 24 x 7 tanpa gangguan teknikal dan perkhidmatan sokongan IT berada ditahap yang cemerlang.

Kemudahan hotspot juga disediakan di beberapa lokasi di kolej kediaman pelajar bagi memberi kemudahan akses internet dapat dicapai oleh pelajar.

 

MISI

Menjadikan Teknologi Maklumat UiTM Kampus Alor Gajah sebagai salah satu komponen penting bagi merealisasikan wawasan Universiti Teknologi MARA sejajar dengan kehendak negara.

 

VISI

Menyediakan semua infrastruktur yang berkaitan Teknologi Maklumat kepada pelanggan dalaman dengan kemudahan bersesuaian dengan kehendak UiTM dan dapat diguna pakai secara maksimum dalam semua aspek.

 

OBJEKTIF

Memastikan penggunaan ICT kepada semua kampus. Membangunkan aplikasi-aplikasi sistem yang boleh diguna pakai oleh semua warga kampus Memberi pendedahan yang secukupnya kepada warga terhadap peralatan ICT yang terkini. Memberikan perkhidmatan yang umum kepada warga kampus yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan ICT

 

STRATEGI

  • Memberikan latihan kemahiran ICT kepada kakitangan Unit Teknologi Maklumat dan warga kampus.
  • Memberi cadangan membangunkan aplikasi yang sesuai untuk jabatan
  • Memastikan peralatan ICT dapat berfungsi dengan sempurna pada setiap masa
  • Memastikan segala masalah dan kerosakan peralatan ICT dapat diatasi dengan segera.
  • Memastikan ruang, peralatan dan kelengkapan pejabat selesa dan mencukupi.
  • Mewujudkan hubungan yang baik dengan seluruh warga kampus
  • Mempertimbangkan aduan dan cadangan untuk diguna pakai

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Fungsi Utama Pejabat Teknologi Maklumat

Pengurusan ICT

  • Penyelenggaraan peralatan komputer
  • Mengurus inventori peralatan komputer
  • Pengagihan peralatan komputer
  • Penyediaan akaun e-mail kakitangan
  • Memastikan rangkaian komputer berfungsi dengan baik
  • Menyediakan sistem komputer yang boleh berfunggsi

Pengurusan Makmal Komputer

  • Memastikan setiap makmal berfungsi dengan baik
  • Menyediakan perisian-perisian yang terkini mengikut keperluan semasa
  • Menyediakan peraturan penggunaan terhadap makmal komputer
  • Menyelenggara setiap komputer pada setiap masa
  • Memastikan tahap keselamatan makmal berada pada tahap yang optimum

Peralatan Komputer

  • Pentadbiran Am
  • Menyediakan bajet untuk ICT
  • Menguruskan proses pelupusan peralatan komputer
  • Menguruskan proses pelupusan peralatan komputer
  • Menguruskan proses tempahan makmal komputer

Khidmat Nasihat

  • Mengadakan kursus-kursus ICT
  • Memberi bantuan secara terus kepada kakitangan dan jabatan yang bermasalah dengan komputer