Hal Ehwal Akademik

E-mail Print PDF
Dr. Rani Diana Othman
Timbalan Rektor HEA

Kewujudan Bahagian HEA bermula dengan penubuhan UiTM Kampus Melaka pada bulan Ogos 1984 bertempat di kampus sementara Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan hanya seramai 5 orang staf akademik dan 158 pelajar pengambilan pertama, kini UiTM Kampus Alor Gajah, Cawangan Melaka mempunyai seramai 550 staf akademik dan jumlah pelajar yang telahpun meningkat seramai  7000 orang pelajar.

Bahagian Hal Ehwal Akademik mempunyai  29 orang kakitangan yang diterajui oleh seorang Timbalan Rektor HEA, dua orang Penolong Pendaftar, seorang Pegawai Eksekutif, seorang Pembantu Tadbir Kesetiausahaan, seorang Pembantu Tadbir Tingkatan Kanan, seorang Penolong Pegawai Penerbitan, dua orang Pembantu Penerbitan Kanan, tujuh orang Penolong Jurutera, seorang Pembantu Makmal (Bahasa), sembilan orang Pembantu Tadbir, dua orang Pembantu Operasi dan seorang Pembantu Am Pejabat.

Kampus Alor Gajah menawarkan program diploma, pra-diploma, Asasi TESL dan Sarjana Muda. Terdapat 6 fakulti dan 18 program ditawarkan di Kampus Alor Gajah Melaka iaitu:-

1. Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan

a. Diploma Pengurusan Perniagaan
b. Diploma Pengurusan Bank
c. Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
d. Diploma Pengurusan Teknologi dan Pejabat
e. Pra-Perdagangan (MDAB)

2. Fakulti Perakaunan

a. Diploma Perakaunan
b. Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
c. Sarjana Muda Perakaunan

3. Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

a. Diploma Pengurusan Pelancongan

4. Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media

a. Diploma Komunikasi Dan Media
b. Diploma Komunikasi Baharu & Keusahawanan Kandungan

5. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka

a. Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka (Seni Reka Grafik Dan Media Digital)
b. Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)
d. Diploma Fotografi Dan Pengimejan Kreatif
e. Diploma Seni Halus

6. Fakulti Pendidikan

a. Pra-TESL