Pengenalan Kampus

E-mail Print PDF

UiTM Kampus Jasin  mula dibina  selepas majlis pecah tanahnya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 Februari 2011. Pembinaan kampus ketiga akan menjadikan ketiga-tiga daerah di Melaka memiliki kampus UiTM. Daerah Melaka Tengah menempatkan Kampus Bandar Raya, Daerah Alor Gajah memiliki kampus Lendu, manakala Daerah Jasin yang  dibina di atas tapak seluas 218 ekar di Seri Mendapat.

Tawaran kursus berasaskan sains dan teknologi di Kampus Jasin akan melengkapkan gabungan kursus yang bukan berasaskan sains dan teknologi di Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandar Raya.

Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu sebanyak 2500 orang akan disediakan kemudahan tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 2500 orang lagi akan tinggal di luar kampus.

Pintu masuk ke Kampus Jasin ini bagi mereka yang memandu menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan ialah melalui pintu masuk Merlimau Jasin dengan melalui Plaza Tol Lipat Kajang. Kampus ini terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Raya Melaka.

2 Fakulti yang dijalankan di Kampus Jasin iaitu

  • Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Pengajian dijalankan secara sepenuh masa iaitu

  • 6 Program Ijazah Sarjana Muda
    • CS225/CS245 Sarjana Muda Sains Komunikasi Data dan Perangkaian (Kepujian)
    • CS226/CS 246 Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Sistem Maklumat (Kepujian)
    • CS230 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
    • CS231/CS251 Sarjana Muda Sains Pengkomputeran Netsentrik ( Kepujian)
    • CS233/CS253 Sarjana Muda Sains Pengkomputeran Multimedia ( Kepujian)
    • AT220 Sarjana Muda Sains Teknologi Dan Pengurusan Perladangan ( Kepujian)

 

  • 2 Program Diploma
    • CS110 Diploma Sains Komputer
    • AT110 Diploma Pengurusan Ladang

Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran, Bengkal dan Kemudahan Lain

Kemudahan Sukan

Kemudahan Lain

  • 5 Blok asrama bagi menampung seramai 2500 pelajar
  • Pusat Pelajar
  • Food Court
  • Surau
  • Unit Kesihatan

 

Alamat Rasmi UiTM Kampus Jasin:-

Universiti Teknologi MARA (Melaka)

Kampus Jasin

77300 Merlimau

Melaka Bandaraya Bersejarah

Tel : 06-264 5000

Faks : 06-264 5016