Kempen Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol (ASAP)

E-mail Print PDF

ASAP: Kempen Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol

5 Februari 2013

Padang Kawad, UiTM Melaka

Program “Kempen Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol” ini merupakan program yang dianjurkan Unit Perhubungan Alumni dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Melaka (JAS). bertujuan memberi kesedaran kepada warga kampus UiTM Melaka tentang kepentingan memelihara alam sekitar dari pencemaran.

Program ini selari dengan kehendak Rektor UiTM Melaka, Prof. Madya Dr. Mohd Adnan bin Hashim untuk mengindahkan kawasan dalam kampus sekaligus menjadikan UiTM Melaka sebagai Universiti Dalam Taman. Program ini juga adalah bagi memperkenalkan bulan Februari sebagai bulan hijau.

Pengawalan pelepasan daripada enjin petrol kenderaan bermotor dikuatkuasakan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam  Sekeliling (Kawasan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996. Peraturan ini menggariskan standard pelepasan tertentu yang perlu dipatuhi oleh kenderaan-kenderaan baru (di kilang pemasangan) dan kenderaan-kenderaan petrol yang beroperasi di jalanraya.

Program ini memberi kesedaran kepada warga UiTM Melaka akan kepentingan memelihara alam sekitar dengan mengurangkan pengeluaran asap kenderaan di dalam kawasan kampus.

Justeru, dengan penganjuran program ini juga ramai di kalangan pelajar khusunya mengambil inisatif perkongsiaan kenderaan di dalam kampus bagi memelihara alam sekitar daripada ancaman udara kotor.