Nadaku Untuk Dunia (NADIA)

E-mail Print PDF

Nadaku untuk Dunia (NADIA):  Lestarikan Dunia

20 Februari 2013

Dataran Keris UiTM Melaka

Program Muzikal Alam “Nadaku untuk Dunia (NADIA)” merupaka satu usaha atau kempen cintai alam yang dilakukan antara Unit Perhubungan Alumni, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM) dan Tune Talk.

Penganjuran program ini diadakan bagi mencapai kesinambungan antara akademik dan persekitaran kondusif alam khususnya alam yang menjadi salah satu kualifikasi para pelajar untuk berjaya lulus dengan cemerlang.

Program ini juga merupakan sala h satu inisiatif warga UiTM khususnya mahasiswa untuk menyokong projek khas Rektor untuk mengindahkan kampus dan menjadikan UiTM Melaka sebagai Universiti Dalam Taman.

Perlaksanaan program Muzikal Alam seumpama ini dapat memberi suntikan baru kepada kempen cintai alam berbanding aktiviti gotong-royong dan sebagainya.

Dengan menggabungkan elemen seni dan alam semula jadi, dapat memupuk dan membenihkan rasa cinta dan sayang warga UiTM Melaka terhadap bumi. Dengan cara ini juga program ini dapat mencungkil bakat dan membuahkan satu hasil karya yang baru dan segar.