Bicara Tokoh - Rosthman Ibrahim

E-mail Print PDF

PROGRAM BICARA TOKOH:

Bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan Shapadu, En Rosthman Ibrahim

5 Jun 2013

Dewan Taming Sari

Unit Perhubungan Alumni dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) merangka program “Bicara Tokoh” yang antara lainya bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa dan pemimpin di kalangan alumni yang telah berjaya untuk  mencurahkan pengalaman serta ilmu yang mereka ada kembali kepada universiti.

Bersesuaian dengan Minggu Destini Siswa, program ini memberi pendedahan kepada golongan mahasiswa untuk  melengkapkan diri dengan kegiatan dalaman yang boleh meningkatkan jati diri seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritikal, berintegriti dan kreatif serta inovatif.

Transformasi era global menghambat mahasiswa untuk berdepan dengan pelbagai cabaran. Justeru, progrma ini bertujuan :

  • Menyediakan “role model” yang terdiri daripada pemimpin alumni yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing sebagai pemangkin semanagt pelajar baru. Mereka akan berkongsi pengalaman pembelajaran sehinggalah ke takuk kejayaan yang diperolehi.
  • Memberi nasihat kepada mahasiswa bahawa belajar dari pemgalaman merupakan satu cara belajar yang amat berharga diperoleh di luar waktu kuliah.
  • Memberi peluang pekerjaan atau penempatan latihan praktikal kepada mahasiswa di syarikat-syarikat alumni.
  • Memberi kesedaran kepada individu yang terlibat bahawa kejaayan yang diraih haruslah disyukuri dengan menghulur khidmat masyarakat kepada mahasiswa.

Panelis untuk Bicara Tokoh dipilih dikalngan alumni yang sangat berjaya iaitu Rosthman Ibrahim yang merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Shapadu Corporation Sdn Bhd.

Program ini dilihat sebagai satu sesi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dalam akademik dan juga kurukulum hasil perbincangan dan perkongsian pengalaman dan ilmu olelh alumni yang sangat-sangat berjaya dalam kedua-dua ( akademik & perniagaan).

Program ini juga membuka minda mahasiswa untuk sentiasa aktif dalam pelajaran bagi memperoleh kejayaan optimun dalam industri kelak. Sesi perkenalan dan perkongsian ilmu ini dihadiri kurang lebih 1,700 mahasiswa semester pertama.