45 Minit Bersama Bustamam Mokhtar

E-mail Print PDF

BENGKEL FOTOGRAFI & PENCAHAYAAN: 45 Minit Bersama Bustamam Mokhtar

9 September 2013

Studio Foto FSSR, UiTM Melaka

Usaha Unit Perhubungan Alumni UiTM dan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) dalam penganjuran “Bengkel Fotografi & Pencahayaan: 45 Minit Bersama Bustamam Mokhtar” ini adalah bertujuan:

  • Memberi pendedahan industri kepada pelajar
  • Mewujudkan hubungan berterusan demi kemajuan universiti dan alumni untuk kesejahteraan serta perlaksanaan program pembangunan profesionalisme
  • Menawarkan peluang latihan industri kepada bakal graduan

Bengkel ini diadakan selama 45 minit di Studio Fotografi FSSR yang disertai lebih kurang 35 peserta.

Program ini dimulakan dengan lawatan Bustamam di dalam Studio Fotografi UiTM Melaka yang diiringi Pn Nik Azidah Nik Aziz dan memberi khidmat nasihat profesional berkenaan inventori studio yang sesuai untuk kepenggunaan jurufoto amatur dan profesional.

Kemudian, bengkel diteruskan dengan Bustamam memberi penerangan dan tutorial berkenaan susun letak kamera dan lampu dalam sesi fotografi studio kepada para peserta. Bustamam juga turut berkongsi tips mudah mendapatkan hasil terbaik dalam fotografi bersama para peserta.

Kemudian sesi D.I.Y di mana para peserta diberi peluang untuk melakukan studio set up sendiri berdasarkan penerangan dan penjelasan Bustamam terlebih dahulu.

Bengkel ini memberi pendedahan positif kepada peserta  dalam mengendalikan studio fotografi secara profesional. Ilmu yang digarap dalam bengkel ini boleh diterjemahkan dalam silibus secara berkesan.

Pemilihan Bustamam Mokhtar sebagai subjek dalam bengkel ini adalah sangat tepat apabila beliau sendiri merupakan alumni FSSR dalam jurusan fotografi berkongsi ilmu dan pengalaman beliau bersama anak bangsa dalam mempertingkatkan kualiti usahawan muda bumiputera dalam melengkapkan sahsiah yang kompeten dalam mengendalikan perniagaan fotografi di industri kelak.

Secara keseluruhan, bengkel ini dilihat positif apabila ramai para peserta  memberi respon dalam sesi soal jawab pada penghujung program.